Selamat Datang ke Blog Pendidikan TunaSastera Rakyat


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Jumaat, 22 Oktober 2010

Sekapur Sirih: Pembuka Kata




"Kebudayaan merupakan salah satu soal penting dalam pembangunan sesuatu bangsa. Kebudayaan itu sendiri adalah pancaran dari watak dan sikap, semangat dan kehidupan sesuatu bangsa"
(Usman Awang, 1971)

"Keimanan manusia, intelek manusia, citarasa manusiawi. Itu yang bergabung jadi tenaga dalam diri individu memilih dan membina tamadun"
(Arena Wati, 1999)
***


Bismillahirahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

"Selamat Datang ke Blog Pendidikan TunaSastera Rakyat 2010"


Sebagai pengenalan, laman blog berunsurkan ilmiah ini merupakan hasil kerjasama yang dijalankan oleh tujuh orang mahasiswa dan mahasiswi Universiti Brunei Darussalam. Ketujuh-tujuh daripada kami merupakan di antara mahasiswa-mahasiswi yang mengambil program Sarjana Muda Sastera Pendidikan sama ada mengambil jurusan Kesusasteraan Melayu sebagai major atau minor program. Penghasilan laman blog ilmiah ini telah dipantau secara terperinci oleh pensyarah kami, Rozaiman Makmun. Setinggi-tinggi penghargaan kami berikan kepada beliau yang telah banyak membantu kami dalam menyiapkan blog ini.


Dengan bertemakan
"Pemangkin Dunia Sastera Rakyat ke Peringkat Antarabangsa",
laman blog ini antara lain bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para guru, para pelajar ataupun orang ramai tentang betapa luasnya pengetahuan mengenai sastera rakyat yang boleh kita pelajari bersama. Bagi para guru dan para pelajar yang ada terlibat dengan sesi pembelajaran Kesusasteraan Melayu di sekolah-sekolah menengah mahupun di peringkat universiti, laman blog ini merupakan salah satu cara untuk mengolah "pendidikan merentasi kurikulum".


Pendedahan yang kami cuba ketengahkan juga adalah bertujuan untuk mengekalkan hasil kesusasteraan Melayu yang mencerminkan budaya Melayu kita. Kita tanya pada diri:
"Adakah dalam ratusan tahun yang akan datang, hasil sastera rakyat orang-orang Melayu kita akan masih wujud segar di kalangan orang-orang Melayu?"
Di sini peranan kita sebagai orang Melayu yang sentiasa cuba mendedahkan dan mengekalkan Sastera Rakyat kita di kalangan orang-orang kita, sekaligus mengangkatnya ke peringkat antarabangsa. Kita inilah yang merupakan Tunas Sastera yang akan memangkin Sastera Rakyat itu sendiri.
Dengan adanya kepesatan dan bantuan teknologi-teknologi maklumat, perkara ini boleh saja diintergrasikan secara menyeluruh dan akan memberikan kebaikan dan manfaat kepada Sastera Rakyat itu sendiri.


Penggunaan blog ini telah dirancang secara teliti dari pelbagai aspek dan disediakan di dalamnya; segala aspek e-pembelajaran yang boleh diaplikasikan oleh guru di dalam kelas ataupun digunakan sebagai medium pembelajaran kendiri pelajar; temu ramah bersama mereka yang lebih berpengetahuan luas tentang Sastera Rakyat; cerita-cerita dan tayangan video mengenai sastera-sastera rakyat; sehinggalah ke forum-forum dan kuiz-kuiz yang disediakan untuk kegunaan umum dengan sebaiknya.


Segala penghargaan juga turut kami berikan kepada laman-laman web yang menyediakan segala grafik, bunyi-bunyian, video-video, pengetahuan umum dan usaha-usaha sama yang digunakan sepanjang penghasilan laman blog TunaSasteraRakyat-2010 ini. Dalam masa yang sama, penghargaan turut diberikan kepada pensyarah-pensyarah dan jabatan-jabatan di Universiti Brunei Darussalam yang sudi meluangkan masa dan tenaga untuk membantu dalam penghasilan blog ini. Diucapkan ribuan "Terima Kasih".


Jika ada salah dan silap di sepanjang proses penghasilan blog sehinggalah blog ini digunakan secara menyeluruh, kami memohon maaf.


Dengan itu, kami persilakan anda untuk melawat kesemua halaman-halaman blog yang telah kami sediakan. Selamat Mencuba dan Semoga Berjaya.




Semoga perkongsian ilmu kita ini akan sentiasa diberkatiNya. Amin.