Halaman ini memaparkan pelbagai informasi dan maklumat yang berkaitan dengan Bunga Rampai Melayu Kuno. Maklumat ini antara lain bertujuan untuk memperkayakan pengetahuan anda dalam memahami beberapa hikayat dan cerita dalam buku tersebut.
***
Seri Rama sebagai Dewa Orang-Orang Hindu melalui Hikayat Seri Rama
Dinyatakan di awal Hikayat Seri Rama, bahawa Seri Rama dibuang daripada kayangan Kerajaan Ayodhya atas sebab-sebab perjanjian ayahnya terhadap isterinya kedua. Walau bagaimanapun, menurut beberapa sumber, Hikayat Seri Rama ada menerangkan tentang Seri Rama yang kembali ke kayangan dan menjadi di antara dewa-dewa bagi orang-orang Hindu.
Menurut beberapa sumber, sehinggalah ke hari ini, hari kelahiran Seri Rama, dan juga pernikahannya dengan Sita Dewi, diperingati oleh orang-orang Hindu di India sebagai “Rama Navami”. Perayaan itu jatuh pada hari kesembilan dalam kalender lunar Hindu, ataupun “Chaitra Masa Suklapaksha Nawami”. Perayaan itu dipandang sebagai hari pernikahan Rama dengan Sita Dewi, dan juga hari ulang tahun Rama. Orang-orang biasanya melakukan Kalyanotsawam (peringatan hari pernikahan) terhadap patung Seri Rama dan Sita Dewi di rumah masing-masing, dan pada sebelah petangnya patung-patung itu akan diarak ke jalan-jalan. Hari itu disebut juga akhir dari sembilan hari utsawam yang disebut sebagai “Wasanthothsawam” (festival musim semi), yang dimulai dengan Ugadi. Beberapa hal menarik dari festival ini ialah:
- Kalyanam (upacara pernikahan yang dipimpin pendeta kuil) di Bhadrachalam, di tepi sungai Godawari di distrik Khammam, Andhra Pradesh.
- Panakam, minuman manis yang dipersiapkan, bahannya adalah daripada lada.
- Arak-arakan patung pada hari petang yang disertai dengan permainan air dan warna.
- Untuk perayaan itu, umat Hindu dianjurkan berpuasa (atau membatasi diri mereka dengan diet khusus).
- Kuil-kuil didekorasi dan cerita Ramayana (Hikayat Seri Rama) dikumandangkan.
- Orang-orang Hindu juga akan memuja Seri Rama, Sita, Laksamana and Hanoman.
Peristiwa kemenangan Seri Rama bertarung dengan Maharaja Rawana dan para raksasa diperingati sebagai 10 hari Wijayadashami atau juga dikenali sebagai “Dussehra”. Peristiwa kembalinya Seri Rama ke Ayodhya dan juga hari pelantikannya pula diperingati sebagai “Diwali” yang juga dikenal sebagai Festival Cahaya. Perayaan ini merupakan festival yang penting dan terkenal di India. Di Malaysia, Diwali dikenal sebagai Hari Deepavali, dan diperingati selama bulan ketujuh menurut kalender solar Hindu. Perayaan Diwali di Malaysia mirip dengan tradisi di Anak benua India.
Melalui pernyataan-pernyataan di atas, Seri Rama tersebut dianggap sebagai salah satu legenda serantau bagi orang-orang Hindu sekaligus turut mengangkat beliau menjadi di antara dewa-dewa yang dipuja dan diingati dari semasa ke semasa. Ini jelas sekali, setiap peristiwa-peristiwa penting mengenai Seri Rama yang terdapat dalam hikayat-hikayat beliau telah diperingati, dirayakan dan dipuja oleh orang-orang Hindu ini.
Rujukan:
Keris Taming Sari dalam Hikayat Hang Tuah
Keris ialah sejenis senjata pendek kebangsaan Melayu yang digunakan sejak melebihi 600 tahun dahulu. Senjata ini memang unik di dunia Melayu dan boleh didapati di kawasan berpenduduk Melayu seperti Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand Selatan, Filipina Selatan(Mindanao), dan Brunei. Di dalam Hikayat Hang Tuah juga ada menceritakan senjata keris yang terkenal sehingga ke hari ini iaitu Keris Taming Sari.
Keris Taming Sari berasal dari nama seorang pahlawan dari Jawa yang bernama Taming Sari.Taming Sari adalah nama seorang pendekar Jawa dalam kerajaan Majapahit seperti yang tersebut di dalam Hikayat Hang Tuah. Menurut hikayat ini, Taming Sari adalah seorang panglima yang paling handal di Majapahit ketika itu, dan beliau telah ditugaskan oleh Bendahara Majapahit, Patih Gajah Mada untuk membunuh Hang Tuah.
Taming Sari dikatakan seorang yang kebal tidak dapat dicederakan oleh senjata. Bagaimanapun, kekebalannya adalah terletak pada keris yang digunakannya. Hang Tuah pula pada masa itu telah berguru kepada seorang ahli pertapaan Jawa bernama Sang Adi Putera. Gurunya itu telah memberitahu akan kelemahan Taming Sari. Oleh itu, pada hari pertarungan antara kedua pendekar ini di hadapan Sultan Melaka dan Betara Majapahit, Hang Tuah telah berjaya merampas keris Taming Sari dan menggunakan keris itu untuk menikamnya hingga mati.
Sebagai menghargai kejayaan Hang Tuah itu, Betara Majapahit telah menganugerahkan keris itu kepada Hang Tuah. Keris ini dikenali sebagai "Keris Taming Sari" dan telah dibawa pulang ke Melaka. Keris yang sama juga telah digunakan oleh Hang Jebat untuk menderhaka Sultan Melaka. Hang Jebat juga dikatakan kebal kerana memiliki keris Taming Sari. Dalam pertarungannya yang terakhir dengan Hang Tuah, keris Taming Sari telah berjaya dirampas semula oleh Hang Tuah yang kemudiannya menikam mati Hang Jebat.
Selepas kejatuhan empayar Melayu Melaka, tidak lagi diketahui ke mana perginya keris Taming Sari ini. Pelbagai kisah dan mitos tersebar mengenai keris ini. Ada yang mengatakan bahawa keris ini telah hilang bersama-sama Hang Tuah di Hulu Muar selepas Hang Tuah gagal membawa pulang Puteri Gunung Ledang untuk Sultan Melaka. Ada pula yang percaya bahawa keris Taming Sari telah dibawa ke Perak dan disimpan oleh keturunan raja-raja Perak.
Rujukan :
http://ms.wikipedia.org/wiki/Taming_Sari
Upih Pinang dalam Cerita Lebai Malang
Cerita Lebai Malang ada menceritakan tentang Lebai Malang yang membawa bekalan nasi sejuk dengan menggunakan Upih Pinang ketika hendak memancing. Oleh itu, di sini akan dikongsikan sedikit-sebanyak tentang Upih Pinang beserta fungsi dan kepentingannya.
Upih pinang adalah pelepah/pangkal daun pokok Pinang. Lazimnya apabila pelepah ini tua, ia akan luruh atau jatuh ke tanah. Walaupun ia tua dan jatuh ke tanah, ia masih boleh digunakan dan bukannya dibuang kerana ia boleh dijadikan hulu atau tempat untuk menarik upih tersebut.
Ada pendapat mengatakan bahawa upih pinang biasanya digunakan untuk membungkus nasi dan dijadikan sebagai bekalan untuk nelayan ketika hendak turun ke laut. Ia menjadi budaya tradisi kerana jika diimbas pada zaman lampau, manusia tidak mempunyai banyak kemudahan seperti piring, plastik dan alatan bekalan yang lain. Jadi manusia zaman lampau hanya menggunakan sumber alam sebagai alat kemudahan sehari-hari.
Seterusnya adalah fungsi Upih Pinang. Antara fungsi upih pinang adalah ia dapat memberi khasiat kepada manusia iaitu sebagai penawar orang sakit. Daun Upih juga berfungsi untuk mencerminkan kehidupan nelayan yang menggunakan daun upih sebagai bekalan sewaktu memancing. Kemudian, ia juga berfungsi sebagai bekas bekalan. Selain itu, upih pinang dapat menjaminkan kesegaran dari segi isi yang dibekalkan seperti nasi dan ia tahan lama (pagi hingga petang). Fungsi yang seterusnya adalah ia dapat dijadikan tempat untuk menarik upih atau lebih dikenali sebagai 'Tarik Upih'. Berikut adalah gambarnya :-
Terdapat kepentingan dari segi penggunaan daun upih tersebut iaitu apabila daun upih itu dihimpit padat, ia akan menjadi ketupat. Pada masa yang sama ia boleh dihias dengan ikan kering goreng, ikan berlada atau telur goreng.
Sebagai rumusan, amalan tradisi ini semakin lama semakin dilupakan oleh generasi muda pada masa sekarang. Bukan itu saja, ada juga masyarakat sekarang yang tidak pernah mendengar atau melihat upih pinang berkenaan, apatah lagi penggunaan atau fungsinya. Walau bagaimanapun, ada segelintir masyarakat sekarang yang masih menggunakannya tetapi lebih dimaanfaatkan untuk alat permainan seperti yang telah dijelaskan sebelum ini.
Rujukan:
Burung Pemikat dalam Hikayat Bakhtiar
Dalam cerita sisipan yang terkandung dalam Hikayat Bakhtiar ada menceritakan tentang Si Pemikat yang bekerja sebagai pemikat burung. Memikat bermaksud menjerat atau menangkap. Menurut sumber yang diperolehi burung pemikat adalah sejenis burung yang dikenali sebagai burung terkukur yang mempunyai suara yang merdu. Oleh itu, tidak hairanlah dalam cerita Hikayat Bakhtiar, burung pemikat dijadikan salah satu binatang kesayangan raja. Terdapat dua jenis burung pemikat atau burung terkukur ini iaitu burung terkukur denak dan burung terkukur liar. Burung terkukur denak yang sudah diasuh dijadikan sebagai umpan untuk memikat atau menangkap burung yang lain disebabkan suaranya yang dapat menarik perhatian.
Di samping itu, berdasarkan beberapa sumber yang lain ada mengatakan bahawa orang-orang yang memiliki burung pemikat mempunyai ilmu kesaktian yang tinggi. Ini menunjukkan masyarakat pada masa dahulu mempunyai ilmu kesaktian bukan sahaja untuk mencari rezeki tetapi juga sebagai salah satu ilmu dalam bidang kepahlawanan.
Pada masa sekarang burung pemikat iaitu burung terkukur denak yang sudah jinak, harganya boleh mencapai dari RM 300 hingga RM 2000 seekor. Manakala, burung terkukur dijual mampu memcecah harga antara RM1,000 hingga RM2,000 bergantung kepada kemerduan bunyinya.
Rujukan:
http://www.malaysiazoom.com/menguji-kehebatan-pemikat-tekukur
Ikan Todak dalam Cerita Singapura dilanggar Todak
Ikan Todak ialah ikan yang mempunyai muncung yang tajam seolah-olah sebilah pedang terhunus dan bersedia untuk berperang. Todak atau nama saintifiknya (Xiphias gladius) adalah sejenis ikan laut yang rahang atas dan muncungnya memanjang berbentuk seperti pedang pipih dan kuat berukuran hampir sepertiga panjang badan ikan tersebut. Tubuh ikan todak panjang membulat dapat mencapai 2 – 4.6 m dan dapat membesar hingga 650 kg, kulitnya licin tidak bersisik, bahagian atas tubuhnya berwarna keunguan atau kebiruan dan bahagian bawah tubuhnya keperakan.Todak banyak dikawasan beriklim tropika.
Muncung todak bukanlah digunakan untuk menyerang mangsanya tetapi membuatkan todak lebih lincah dan laju ketika berenang. Muncung ini dapat membantu ikan ini mengejar mangsanya dan ia mampu berenang selaju 80km/j. Ikan todak bukan ikan yang hidup berkelompok. Mereka berenang sendirian dan dalam satu kelompok yang jauh, iaitu sekitar 10 meter. Ikan Todak ini sering mencari makanan di permukaan air dan gemar melompat-lompat mengejar mangsanya dan tabiat melompat keluar dari permukaan air ini menjadikan ia satu pengalaman yang indah jika kita terserempak dengan ikan Todak ini.
Dalam cerita Singapura Dilanggar Todak ini mungkin ada benarnya. Ini terbukti dengan beberapa kejadian ikan todak menyerang manusia. Kejadian di Kampung Limau Limauan di Daerah Kudat, Kota Kinabalu, apabila Azlie Mantipan yang diserang dan ditikam di dada oleh todak seberat 7kg ketika memancing dan beliau meninggal dunia ketika di hospital. Kejadian lain pula adalah seorang pemancing di Langkawi, Kedah, Adnan Walib, 39 tahun yang tercedera di kepala akibat tercucuk muncung ikan todak. Menurut kejadian ketika beliau menggunakan lampu suluh untuk menyuluh air tiba-tiba ikan todak melompat dan tercucuk di bahagian kiri kepalanya dan beliau juga meninggal dunia di hospital.
Rujukan :
Peranan Kadi melalui Cerita Abu Nawas
Qadi (Arab: قاضي) (juga dikenali Qazi atau Kazi atau Kadi) (bahasa Arab: قاضي) adalah seorang hakim yang membuat keputusan bersandarkan syariat Islam.
Sistem Kadi telah diamalkan di Malaysia sejak zaman kesultanan Melaka lagi. Ini dapat dibuktikan dalam beberapa kisah sastera rakyat yang ada menyelitkan watak kadi contohnya dalam Hikayat Abu Nawas. Dalam hikayat ini, kadi mempuyai watak yang bercanggah dengan personaliti yang harus dimiliki oleh setiap kadi. Ini kerana lazimnya kadi yang dilantik hendaklah dari kalangan orang-orang alim ( mempunyai pengetahuan mengenai agama Islam dengan luas) mesti merupakan seorang lelaki Islam yang sudah merdeka dan akhil baligh.
Seorang kadi perlu membuat keputusannya menurut hukum Sharīʿah dengan lunas-lunas Islam. Jika dilihat perwatakkan kadi dalam Hikayat Abu Nawas memiliki sikap dan sifat yang negatif yang mana dia menyalah gunakan kuasa yang dimilikinya dengan merampas harta kepunyaan saudagar Mesir.
Rujukan:
Tarian Panji Semirang dalam Hikayat Panji Semirang
Dalam Hikayat Panji Semirang ada menceritakan tentang watak Galuh Cendera Kirana yang menjadi penari di dalam Istana. Jadi, di dalam artikel ini, akan dikongsikan sedikit informasi tentang tarian panji semirang.
Tari Panji Semirang adalah ciptaan I Nyoman Kaler (Aim) pada tahun 1942. Tarian ini mengambil tema dari serat panji. Ia digambarkan sebagai suatu tingkah laku yang anggun dan penuh perbawa dari Galuh Cendera Kirana. Dalam usaha untuk mencari kembali kekasihnya yang tercinta iaitu Raden Inu Kertapati, Galuh Cendera Kirana telah menyamar sebagai seorang lelaki yang tampan. Namun, di akhir cerita Galuh Cendera Kirana dihikayatkan menjadi penari istana dan mempersembahkan tari panji semirang dengan penuh keanggunan dan kelembutan. Pada ketika itulah, Raden Inu Kertapati menyedari bahawa Galuh Cendera Kirana tersebut ialah tunang yang selama ini dicarinya.
Rujukan: