Dalam halaman ini disediakan beberapa soalan-soalan yang berbentuk perbincangan untuk penjanaan minda pengunjung laman blog ini. Terdapat beberapa soalan yang dikemukakan di bawah. Pendapat kamu dalam mengutarakan jawapan-jawapan dan mempertahankan hujah-hujah kamu adalah digalakkan.
Soalan-soalan dalam bahagian ini akan ditambah dari semasa ke semasa. InsyaAllah.
SOALAN FORUM 1
Dalam Hikayat Panji Semirang, antara sebab Paduka Liku dianggap sebagai watak antagonis ialah kerana beliau cuba untuk mengahwinkan anaknya, Galuh Ajeng dengan Raden Inu Kertapati. Dengan ini, beliau menganiayai Permaisuri dan Galuh Cendera Kirana. Menurut pendapat kamu, tidakkah tindakan Paduka Liku ini dianggap boleh diterima kerana beliau pada masa yang sama juga memikirkan tentang kebaikan anaknya. Bincangkan.
SOALAN FORUM 2
Dalam cerita Abu Nawas, adakah arahan Abu Nawas untuk mengarahkan anak-anak muridnya memecah rumah Kadi untuk membongkarkan tindakan ketidak adilan dianggap relevan? Apa pendapat kamu?
SOALAN FORUM 3
Dalam cerita Singapura dilanggar Todak, Sang Rajuna telah membalas dendam terhadap kekejaman Raja Singapura kerana menghukum mati anaknya tanpa ada usul periksa dengan menjadi tali barut negara. Menurut pendapat kamu, adakah wajar Sang Rajuna Tapa berbuat demikian? Bagaimana pula jika dilihat dari perspektif Sang Rajuna Tapa sebagai seorang ayah?
SOALAN FORUM 4
Dalam Hikayat Hang Tuah, Raja Melaka pernah menghukum mati Hang Tuah kerana mempercayai fitnah-fitnah yang dilemparkan oleh pembesar-pembesar negara sedangkan pada masa itu, Hang Tuah telah banyak berjasa kepada Raja Melaka. Apakah pendapat kamu mengenai tindakan Raja Melaka demikian? Adakah wajar baginda melakukan Hang Tuah sedemikian rupa? Bincangkan perkara tersebut.
Perbincangan kamu boleh dikemukakan dalam ruangan komen di bawah dengan menandakan setiap hujah kamu dengan penghujah-penghujah lain berserta nombor forum.
Terima Kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan