Dalam halaman ini memuatkan beberapa cerita rakyat terdiri dari beberapa buah negara timur di antaranya dari negara Malaysia, Singapura dan Brunei. Cerita yang dimuatkan dalam halaman ini adalah seperti berikut:
Dari Negara Malaysia:
- Mahsuri
- Mat Jenin
- Tenggang
- Puteri Terkukur
Dari Negara Indonesia:
- Timun Emas
- Lebai Malang
- Si Malin Kundang
- Legenda Telaga Biru
Dari Negara Brunei:
- Nakhoda Manis
- Asal Usul Kampong Belais
- Puteri Tungkul Pisang
- Kisah Pulau Labi
MALAYSIA
Mahsuri
Diceritakan semula oleh Abdul Rahim Abdullah
Pada suatu masa, tersebutlah kisah sepasang suami isteri yang tinggal di Kampung Ulu Melaka, di Pulau Langkawi. Suaminya dipanggil orang Pandak Mayah, isterinya pula dipanggil orang Mak Andak. Kehidupan mereka berdua sangat susah; ibarat ayam, kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Oleh yang demukian, Pandak Mayah dan Mak Andak bercadang hendak berpindah ke kampung lain.
“Elok kita berpindah Kampung Mawat. Di sana tanahnya lebih subur. Penduduknya pun ramai,” cadang Pandak Mayah.
“Ke mana juga abang pergi, saya sedia menurut,” kata Mak Andak yang sangat setia dan taat kepada suaminya. Pada masa itu Mak Andak sedang hamil.
Maka berpindahlah mereka ke Kampung Mawat. Dengan pertolongan penduduk Kampung Mawat, Pandak Mayah dan Mak Andak menebang-nebas hutan membuka huma. Padi dan tanaman lain di huma mereka membesar dengan subur. Pandak Mayah dan Mak Andah mendapat hasil yang lumayan. Maka bertambah senanglah kehidupan mereka.
«««
Tidak lama kemudian Mak Andak melahirkan seorang anak perempuan yang comel.
“Kita namakan anak kita ini Mahsuri,” kata Pandak Mayah kepada Mak Andak.
“Ya, saya setuju. Manis nama itu,” jawab Mak Andak, senang hati.
Semenjak Mahsuri dilahirkan kehidupan mereka Pandak Mayah dan Mak Andak bertambah baik. Rezeki mereka semakin murah, hasil padi, pisang, tebu, dan sayur-sayuran menjadi-jadi.
Pandak Mayah pandai bersilat. Dia membuka gelanggang silat di Kampung Mawat. Ramailah pemuda kampung datang belajar silat di rumahnya. Nama Pandak Mayah semakin terkenal di seluruh Pulau Langkawi. Mahsuri pula semakin membesar dan menjadi seorang gadis yang cantik lagi jelita. Budi bahasa dan tutur katanya sungguh menawan. Nama Mahsuri menjadi sebutan. Ramai anak murid Pandak Mayah yang terpikat kepada Mahsuri.
«««
Pada suatu hari, seorang pemuda yang bernama Kelana, datang belajar silat dengan Pandak Mayah. Dia selalu melihat Mahsuri menolong ibunya membuat kerja-kerja rumah. Kelana tertarik dengan kecantikan dan sopan santun Mahsuri. Setelah Mahsuri dewasa Kelana pun meminangnya. Pandak Mayah dan Mak Andak bersetuju. Mereka juga berkenan akan Kelana, kerana dia pemuda yang baik, gagah dan berjiwa pahlawan.
Penghulu Mukim Ulu Melaka bernama Datuk karma Jaya. Dia orang terkenal di negeri Kedah. Datuk Karma Jaya menjadi orang kepercayaan Sultan Kedah untuk mentadbir Pulau Langkawi. Pada suatu hari Datuk Karma Jaya datang ke Kampung Mawat, semasa berada di rumah Pandak Mayah, Datuk Karma Jaya ternampak Mahsuri yang jelita. Dia bercita-cita hendak meminang Mahsuri sebagai isterinya kedua. Namun niatnya itu ditentang oleh isterinya yang bernama Wan Mahura. Tambahan pula, Mahsuri sudah menjadi tunang Kelana, salah seorang pendekar yang berkhidmat dengan Datuk Karma Jaya.
Tidak berapa lama kemudian Mahsuri dan Kelana pun bernikah. Dalam majlis perkahwinan mereka, Datuk Karma Jaya dan isterinya turut hadir. Pada masa pengantin bersanding, Wan Mahura berasa cemburu melihat kecantikan Mahsuri.
«««
Setelah beberapa bulan kemudian, Kelana membawa Mahsuri berpindah ke Kampungnya di Padang Matsirat. Rumah mereka tidak begitu jauh dengan rumah Datuk Karma Jaya. Kehidupan Mahsuri suami isteri cukup bahagia. Kelana pula seorang pendekar kesayangan Datuk Karma Jaya. Setahun kemudian Mahsuri pun melahirkan seorang anak lelaki. Ini menjadikan kehidupan mereka semakin bertambah bahagia.
Suasana aman di negeri Kedah dan di Pulau Langkawi telah bertukar. Negeri Kedah diserang oleh angkatan Siam. Sultan Kedah mengisytiharkan perang. Pahlawan dan pendekar dikerah oleh sultan untuk pergi berjuang mempertahankan negeri. Datuk Karma Jaya telah dititahkan oleh Sultan Kedah supaya menghantar pemuda dan pendekar Pulau Langkawi pergi berjuang menentang Siam. Kelana pula dipilih oleh Datuk Karma Jaya untuk mengetuai angkatan pendekar Pulau Langkawi berperang melawan Siam.
Kelana dan Mahsuri sedih dan terharu kerana mereka terpaksa berpisah.
“Abang terpaksa pergi berjuang mempertahankan negeri kita. Adinda bawalah anak kita ke rumah ayah dan ibu. Tinggallah di sana dahulu sehingga kakanda pulang. Jagalah diri dan peliharalah anak kita baik-baik, adinda,” Demikian antara pesanan yang diberikan oleh Kelana kepada isterinya.“Janganlah abang sedih dan risau. Dinda bangga mempunyai suami seperti abang yang sanggup berjuang mempertahankan maruah negeri kita. Pertiwi memanggilmu ke medan perang untuk mengalahkan musuh. Dinda di sini sentiasa berdoa semoga kanda cepat kembali. Dinda berjanji akan menjaga diri dan anakanda Hakim ini. Pergilah dengan semangat pahlawan dan pulanglah membawa kemenangan,” jawab Mahsuri sambil mendukung Hakim. Anak yang berusia sepuluh bulan itu tertawa. Dia tidak tahu ayah dan bondanya sedang terharu kerana akan berpisah.
Kelana pun bertolak ke laut membawa angkatan pemuda Pulau Langkawi ke medan perang. Sementara itu Mahsuri membawa Hakim pulang ke rumah orang tuanya di Kampung Mawat.
«««
Pada masa negeri Kedah dalam keadaan huru-hara itu, saudagar dan peniaga takut ke negeri itu. Ada yang singgah di Pulau Langkawi. Ada yang belayar ke Pulau Pinang dan Pulau Sumatera. Seorang peniaga kain yang bernama Deraman datang ke Kampung Mawat. Deraman berasal dari Batu Bara, Sumatera. Dia sering berukang-alik dari rumah Datuk Karma Jaya dengan rumah Pandak Mayah. Kadang-kadang dia bermalam di rumah Pandak Mayah.
Deraman seorang pendekar, dia juga pandai bermain seruling. Kadang-kadang dia duduk di tepi sawah meniup serulingnya. Bunyi seruling yang mendayu-dayu dan mengusik hati itu telah menarik hati Mahsuri. Mereka, akhirnya, menjadi sahabat yang baik. Deraman selalu menceritakan pengalamannya semasa merantau. Katanya, dengan meniup seruling dia berasa seperti berada di kampung halamannya sendiri. Mahsuri pula menceritakan tentang Kelana suaminya yang pergi berjuang. Dia bimbang akan keselamatan suaminya. Selama suaminya pergi, dia belum menerima sebarang berita. Kata Deraman, kalau dia sampai awal di Langkawi, tentu dia akan mengikut Kelana, pergi berjuang melawan Siam. Mahsuri menganggap Deraman sebagai adiknya. Dia berharap Deraman akan tinggal di kampungnya sehingga suaminya pulang dari berperang.
«««
Pada suatu hari, Wan Mahura, isteri Datuk Karma Jaya, ternampak Deraman bercakap-cakap dengan Mahsuri di tepi rumah Pandak Mayah. Wan Mahura yang memang iri hati dan cemburu dengan kecantikan Mahsuri telah membuat fitnah, bahawa Mahsuri telah berlaku curang semasa ketiadaan suaminya.
Datuk Karma Jaya begitu marah apabila mendengar cerita isterinya itu. Sebagai Penghulu Pulau Langkawi, Datuk Karma Jaya mementingkan keadilan undang-undang dan kesucian agama Islam. Tanpa berfikir panjang, Datuk Karma Jaya pun menyuruh orang-orangnya menangkap Mahsuri dan Deraman.
Datuk Karma Jaya begitu marah apabila mendengar cerita isterinya itu. Sebagai Penghulu Pulau Langkawi, Datuk Karma Jaya mementingkan keadilan undang-undang dan kesucian agama Islam. Tanpa berfikir panjang, Datuk Karma Jaya pun menyuruh orang-orangnya menangkap Mahsuri dan Deraman.
Pada masa itu Deraman sedang tidur di serambi rumah Pandak Mayah. Kebetulan pula, Pandak Mayah dan Mak Andak bekerja di ladang. Hakim sedang tidur di dalam buaian. Orang-orang Datuk Karma Jaya mengepung rumah Pandak Mayah. Mahsuri ditangkap tetapi Deraman sempat melawan orang-orang Datuk Karma Jaya.
Deraman berjaya melarikan diri lalu pulang ke kampung asalnya di Batu Bara. Hanya Mahsuri seorang saja yang tertangkap. Dia dibawa ke rumah Datuk Karma Jaya untuk diadili.
Wan Mahura berpuas hati melihat Mahsuri tertangkap. Sepanjang jalan Wan Mahura mendesak Datuk Karma Jaya menjatuhkan hukuman bunuh kepada Mahsuri. Datuk Karma Jaya menyuruh Mahsuri dibawa ke Padang Matsirat. Mahsuri diikat dan dibawa dengan kereta andur. Andur ditarik oleh seekor kerbau. Sepanjang jalan Mahsuri menangis dan merayu-rayu kepada Datuk Karma Jaya yang dia tidak bersalah.
“Saya tidak bersalah. Janganlah saya dihukum. Tunggulah sehingga suami saya kembali.” rayu Mahsuri, berkali-kali.
Pandak Mayah dan Mak Andak juga merayu kepada Datuk Karma Jaya supaya membuat pengadilan, atau meringankan hukuman terhadap Mahsuri. Namun Datuk Karma Jaya tetap berkeras kerana dipengaruhi oleh isterinya. Dia tidak mahu mendengar rayuan ibu bapa Mahsuri atau orang-orang Kampung Ulu Melaka yang lain.
Di Padang Matsirat, Mahsuri diikat pada sebatang pohon asam jawa. Sebelum Mahsuri dihukum, dia memohon hendak mnyusukan anaknya buat kali terakhir. Hakim yang menangis tidak berhenti-henti diberikan kepada ibunya. Setelah menyusu anak itu pun terus diam. Hakim dipeluk dan dicium oleh Mahsuri dengan hiba. Orang kampung menyaksikan peristiwa itu juga turut menangis. Mereka sungguh kasihan melihat dua beranak yang akan berpisah itu. Pandak Mayah dan Mak Andak terus memohon belas kasihan Datuk Karma Jaya. Mereka meminta hukuman ditangguhkan, menunggu Kelana pulang dari berperang. Akan tetapi Datuk Karma Jaya tidak peduli langsung.
“Wahai orang-orang kampung Ulu Melaka, aku ini ketua kamu. Aku ini wakil Sultan Kedah memerintah pulau ini sebagai ketua, aku bertanggungjawab menjaga keamanan. Orang yang bersalah patut dihukum. Mahsuri didapati berlaku curang dengan Deraman. Orang seperti Mahsuri telah mencemar nama baik Pulau Langkawi. Mengikut adat dan undang-undang negeri Kedah, Mahsuri akan dihukum bunuh!”
Mahsuri menangis teresak-esak. “Datuk Karma Jaya, Wakil Raja memerintah Pulau Langkawi, apakah tidak boleh menangguh hukuman? Berilah saya peluang sehingga Kelana, suami hamba pulang, supaya jelas letak perkara. Siapa yang benar, siapa yang bersalah.”
Tiba-tiba Wan Mahura menyampuk:
“Perempuan cantik seperti kamu tidak boleh dipercayai. Rupa saja yang cantik, tetapi perangaimu buruk, kelakuanmu hodoh! Apa lagi yang ditunggu datuk, laksanakan hukuman!”
“Baiklah, datuk, kalau tidak percaya cakap hamba, apa boleh buat. Takdir telah menentukan hamba menjadi begini, maka hamba relalah...”
Suara Mahsuri tertahan-tahan kerana menahan sebak dan pilu di dada. Hakim diserahkan kepada Mak Andak. Ketika itu hujan panas mulai turun.
“Ingatlah wahai penduduk Pulau Langkawi! Apabila darahku tumpah di Padang Matsirat ini, aku sumpah Pulau Langkawi menjadi padang jarak padang terkukur. Sampai tujuh keturunan, pulau ini tak akan makmur!”
Selesai sahaja Mahsuri berkata, Datuk Karma Jaya pun menghunus kerisnya. Lalu ditikamnya ke dada Mahsuri. Mahsuri sempat mengucap dua kalimah syahadah. Dengan kuasa Allah s.w.t. darah yang terpancut daripada dada Mahsuri itu berwarna putih.
Datuk Karma Jaya dan orang ramai terperanjat. Wan Mahura pucat ketakutan. Dia gementar memandang muka Mahsuri yang terdongak ke langit. Mak Andak jatuh pengsan apabila Mahsuri menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Pandak Mayah dan orang kampung kemudiannya membawa pulang jenazah Mahsuri ke rumahnya. Setelah selesai urusan mandi jenazah, Mahsuri pun dikebumikan dengan sempurna menjelang Maghrib.
Berita kematian Mahsuri tersebar seluruh Pulau Langkawi. Orang ramai berasa hairan, kenapa darah Mahsuri putih? Adakah itu suatu petunjuk Tuhan bahawa Mahsuri tidak berdosa? Walau bagaimanapun, kononnya, selepas kematian Mahsuri itu, Pulau Langkawi telah dilanggar oleh angkatan Siam. Negeri itu rosak binasa ibarat padang jarak padang tekukur seperti sumpah Mahsuri itu.
Diceritakan kembali oleh Renny Yaniar
Pada zaman dahulu, hiduplah sepasang suami isteri petani. Mereka tinggal di sebuah desa di dekat hutan. Mereka hidup bahagia. Sayangnya mereka belum saja dikurniakan seorang anak.
Setiap hari mereka berdoa pada Yang Maha Kuasa. Mereka berdoa agar segera diberi seorang anak. Suatu hari seorang raksasa melewati tempat tinggal mereka. Raksasa itu mendengar doa suami isteri itu. Raksasa itu kemudian memberi mereka biji mentimun.
“Tanamlah biji ini. Nanti kau akan mendapatkan seorang anak perempuan,” kata Raksasa. “Terima kasih, Raksasa,” kata suami isteri itu. “Tapi ada syaratnya. Pada usia 17 tahun anak itu harus kalian serahkan padaku,” sahut Raksasa. Suami isteri itu sangat mendambakan seorang anak. Kerana itu tanpa berpikir panjang mereka setuju.
Suami isteri petani itu kemudian menanam biji-biji mentimun itu. Setiap hari mereka merawat tanaman yang mulai tumbuh itu dengan sebaik mungkin. Berbulan-bulan kemudian tumbuhlah sebiji mentimun berwarna keemasan.
Buah mentimun itu semakin lama semakin besar dan berat. Ketika buah itu masak, mereka memetiknya. Dengan hati-hati mereka memotong buah itu. Betapa terkejutnya mereka, di dalam buah itu mereka menemukan bayi perempuan yang sangat cantik. Suami isteri itu sangat bahagia. Mereka memberi nama bayi itu Timun Mas.
Tahun demi tahun berlalu. Timun Mas tumbuh menjadi gadis yang cantik. Kedua orang tuanya sangat bangga padanya. Tapi mereka menjadi sangat takut. Kerana pada ulang tahun Timun Mas yang ke-17, sang raksasa datang kembali. Raksasa itu menangih janji untuk mengambil Timun Mas.
Petani itu cuba meminta masa. “Tunggulah sebentar. Timun Mas sedang bermain. Isteriku akan memanggilnya,” katanya. Petani itu segera menemui anaknya. “Anakkku, ambillah ini,” katanya sambil menyerahkan sebuah kantung kain. “Ini akan menolongmu melawan Raksasa. Sekarang larilah secepat mungkin,” katanya. Maka Timun Mas pun segera melarikan diri.
Suami isteri itu sedih atas kepergian Timun Mas. Tapi mereka tidak rela kalau anaknya menjadi santapan Raksasa. Raksasa menunggu cukup lama. Ia menjadi tak sabar. Ia tahu, telah dibohongi suami isteri itu. Lalu ia pun menghancurkan pondok petani itu. Lalu ia mengejar Timun Mas ke hutan.
Raksasa segera berlari mengejar Timun Mas. Raksasa semakin dekat. Timun Mas segera mengambil segenggam garam dari kantung kainnya. Lalu garam itu ditaburkan ke arah Raksasa. Tiba-tiba sebuah laut yang luas pun terhampar. Raksasa terpaksa berenang dengan susah payah.
Timun Mas berlari lagi. Tapi kemudian Raksasa hampir berhasil menyusulnya. Timun Mas kembali mengambil benda ajaib dari kantungnya. Ia mengambil segenggam cabai. Cabai itu dilemparnya ke arah raksasa. Seketika pohon dengan ranting dan duri yang tajam memerangkap Raksasa. Raksasa berteriak kesakitan. Sementara Timun Mas berlari menyelamatkan diri.
Tapi Raksasa sungguh kuat. Ia hampir menangkap Timun Mas. Maka Timun Mas pun mengeluarkan benda ajaib ketiga. Ia menebarkan biji-biji mentimun ajaib. Seketika tumbuhlah kebun mentimun yang sangat luas. Raksasa sangat letih dan kelaparan. Ia pun makan mentimun-mentimun yang segar itu dengan lahap. Karena terlalu banyak makan, Raksasa tertidur.
Timun Mas kembali melarikan diri. Ia berlari sekuat tenaga. Tapi lama kelamaan tenaganya habis. Lebih celaka lagi kerana Raksasa terbangun dari tidurnya. Raksasa lagi-lagi hampir menangkapnya. Timun Mas sangat ketakutan. Ia pun melemparkan senjatanya yang terakhir, segenggam terasi udang. Lagi-lagi terjadi keajaiban. Sebuah danau lumpur yang luas terhampar. Raksasa terjerembab ke dalamnya. Tangannya hampir menggapai Timun Mas. Tapi danau lumpur itu menariknya ke dasar. Raksasa panik. Ia tak bisa bernafas, lalu tenggelam.
Timun Mas lega. Ia telah selamat. Timun Mas pun kembali ke rumah orang tuanya. Ayah dan Ibu Timun Mas senang sekali melihat Timun Mas selamat. Mereka menyambutnya. “Terima Kasih, Tuhan. Kau telah menyelamatkan anakku,” kata mereka gembira.
Sejak saat itu Timun Mas dapat hidup tenang bersama orang tuanya. Mereka dapat hidup bahagia tanpa ketakutan lagi.
Brunei
Kisah Pulau Labi-Labi
Merimbun ialah sebuah tempat yang terletak di pedalaman Daerah Tutong. Ia juga dikenali sebagai Tasik Merimbun. Tasik ini sungguh menarik kerana keasliannya yang semula jadi. Airnya biru dan tawar.
Di tengah-tengah tasik ini ada sebuah pulau. Pulau ini dinamakan Pulau Labi-Labi. Pulau ini mempunyai cerita yang tersendiri mengenai sebuah keluarga Dusun.
Pada suatu malam, ketika bulan purnama, keadaan sekitar Tasik Merimbun sungguh menarik, daun-daun bercahaya kerana sinaran bulan.
“Ayah, apakah yang bersinar-sinar di langit tinggi itu?” tanya Malau.
“Malau, itulah bulan, duduknya tinggi di balik awan.”
“Malau ingin memilikinya ayah! Bolehkah ayah ambilkan bulan itu?”
“Permintaanmu luar biasa anakku, pintalah yang lain supaya ayah dapat mencarikannya,” jawab ayah Malau dengan tenang. Ketiga-tiga beranak pada malam itu berbual-bua.
Pada malam berikutnya sekali lagi Malau mengajukan supaya ayahnya pergi mengambil bulan untuk mainannya. Ayah dan ibu Malau semakin gelisah memikirkan dan tidak berdaya untuk memberikan jawapan.
Pada keesokan harinya suami isteri pun pergi ke hutan memotong pokok buluh. Banyaklah pokok buluh yang ditebang. Inilah sahaja ikhtiar mereka supaya Malau tidak berkecil hati.
Kemudian buluh-buluh itu disambung satu demi satu seperti menara bentuknya. Setelah menara buluh itu siap didirikan, ayah Malau pun terus memanjat dan menyuruh anaknya bersabar menunggu kepulangannya. Malau menunggu ayahnya di bawah menara.
Buluh yang bersambung-sambung itu tinggi hingga ke awan. Semakin tinggi ayah Malau naik semakin kuat angin meniup dan semakin tidak nampaklah ia. Malau masih menunggu di bawah menara dan tidak mahu pulang ke rumah kerana dengan harapan ayahnya akan dapat membawa bulan.
Walaupun sudah beberapa hari Malau menunggu, namun ayahnya belum juga turun. Ibu Malau pula merasa sedih mengenangkan suaminya dan tidak tahu apa yang sudah terjadi ke atas suaminya itu. Beberapa kali ibu Malau memujuk supaya Malau pulang sahaja ke rumah, namun Malau tetap berdegil. Dia tidak mahu pulang sehingga ayahnya dapat membawa bulan.
Hari demi hari, ayah Malau tidak juga turun. Orang-orang kampung pergi memujuk Malau dengan alasan ayahnya sudah terbang dibawa angin dan tidak mungkin balik lagi, tetapi Malau tidak percaya. Dia yakin ayahnya akan pulang.
Tiba-tiba datang seekor labi-labi yang pandai berkata-kata. “berpeganglah engkau pada belakangku ini, aku akan membawa kau pulang ke tempat asalmu. Di mana saja tempat kumasuk dan sampai ke hulunya, itulah tempat asalmu.”
Mendengar kata labi-labi itu ia pun berpegang dengan kuatnya. Berenanglah labi-labi itu membawa ayah Malau. Beberapa buah sungai telah dimasuki namun labi-labi itu tidak juga dapat masuk. Begitu juga apabila ia masuk ke Sungai Brunei, Temburong, Belait, ada-ada sahaja rintangan bagi labi-labi itu untuk meneruskan perjalanannya.
Kemudian labi-labi itu mengubah haluannya ke kuala Sungai Tutong. Walaupun kuala Sungai Tutong itu agak kecil, dengan senang sahaja labi-labi itu masuk. Labi-labi itu pun berenang masuk ke kuala sungai Tasik Merimbun, apabila sahaja labi-labi itu melimpasi kuala sungai Tasik Merimbun, timbullah batang yang besar merentangi kuala sungai Tasik Merimbun itu. Batang ini dinamakan batang Yadu. Yang anehnya apabila batang ini ditetak ia akan mengeluarkan darah.
Orang-orang kampung Tasik Merimbun hairan melihat labi-labi masuk ke tasik itu, kerana beberapa lama sudah mereka diam di situ, mereka tidak pernah melihat kejadian yang luar biasa itu. Tambahan pula ada seorang manusia duduk berpaut di belakang labi-labi itu. Apabila Malau melihat labi-labi itu ia pun meneriak mengatakan ayahnya sudah pulang. Orang ramai datang berlari-lari menyaksikan dan mengalu-alukan kedatangan ayah Malau.
Labi-labi itu menghantar ayah Malau hingga ke tebing. Bertemulah ayah Malau dengan keluarganya. Mengikut cerita ibu Malau, suaminya itu menghilang selama enam bulan dan banyak yang meramalkan yang suaminya itu sudah mati. Kemudian suaminya pula mengatakan kehilangannya tidak sampai satu sebulan. Masing-masinglah menceritakan hal mereka.
Apabila labi-labi itu telah selesai menghantar ayah Malau, ia pun memusing haluan menuju ke kuala sungai Tasik Merimbun. Malangnya batang Yadu masih melintang dan menghalang perjalanannya. Dicubanya beberapa kali untuk menembusi batang itu tetapi tidak juga dapat. Batang itu seolah-olah menghalang. Labi-labi itu merasa malu, lalu ia pergi ke tengah-tengah Tasik Merimbun dan membalikkan badannya. Akhirnya ia bertukar menjadi sebuah pulau. Pulau itu dikenali sebagai Pulau Labi-labi. Hingga sekarang pulau itu masih ada dan keadaannya juga sama seperti bentuk seekor labi-labi iaitu bahagian kepalanya menghadap ke kuala Tasik Merimbun dan ekornya menghala ke hulu. Batang Yadu itu pula sekali-sekala timbul melihatkan dirinya.
Begitulah kisah Pulau Labi-labi di Tasik Merimbun.
Malaysia
Mat Jenin
Ditulis semula oleh Kamariah Mohamad Ali
Tersebutlah kisah seorang budak yang bernama Mat Jenin. Ayah dan ibunya telah lama meninggal dunia. Ketika itu Mat Jenin masih kecil lagi. Semenjak kematian orang tuanya, Mat Jenin dipelihara oleh nenek dan datuknya. Mereka tinggal di sebuah kampung yang bernama Kampung Nyiur Tegak. Kampung ini terletak tidak jauh dari kawasan pantai.
Penduduk Kampung Nyiur Tegak, kebanyakannya bekerja memetik kelapa dan menjual kelapa. Hampir semua orang di kampung itu mempunyai kebun kelapa.
Dalam usia yang masih muda, Mat Jenin sering diejek oleh kawan-kawannya. Bukan kerana Mat Jenin nakal, bukan juga kerana malas. Akan tetapi kerana dia miskin. Datuk Mat Jenin bekerja sebagai pemanjat pokok kelapa. Mat Jenin memang ringan tulang. Tidak jemu-jemu dia menolong datuknya mengumpulkan kelapa untuk dijual. Kelapa-kelapa yang sudah tua dijual di kedai runcit kampungnya. Kelapa muda pula dijual airnya oleh Mat Jenin sendiri di Pasar Sari di pekan.
“Kalau kita rajin, lama-lama kita akan senang juga,” kata datuk Mat Jenin Tidak berapa lama kemudian datuk Mat Jenin pun meninggal dunia. Sejak itu, Mat Jenin hampir patah semangat. Namun begitu Mat Jenin masih dapat berfikir panjang. Dia tidak berputus asa. Apalagi apabila dia memikirkan bahawa neneknya masih ada. Dia perlu mencari nafkah untuk kelangsungan hidup mereka. Kehidupan mereka juga sudah beransur senang. Orang-orang kampung tidak lagi mengejek-ejek Mat Jenin.
“Kalau kita rajin, lama-lama kita akan senang juga,” kata datuk Mat Jenin Tidak berapa lama kemudian datuk Mat Jenin pun meninggal dunia. Sejak itu, Mat Jenin hampir patah semangat. Namun begitu Mat Jenin masih dapat berfikir panjang. Dia tidak berputus asa. Apalagi apabila dia memikirkan bahawa neneknya masih ada. Dia perlu mencari nafkah untuk kelangsungan hidup mereka. Kehidupan mereka juga sudah beransur senang. Orang-orang kampung tidak lagi mengejek-ejek Mat Jenin.
«««
Mat Jenin kini menjadi pemuda gagah. Oleh kerana dia tidak bersekolah sejak kecil, dia hanya membuat kerja-kerja kampung. Dia mewarisi kerja datuknya sebagai pemanjat pokok kelapa terbilang di kampung Nyiur Tegak.
Mat Jenin berazam untuk memanjat pokok kelapa sebanyak mungkin. Dia mahu mendapatkan upah yang banyak. Apabila kelapa yang menjadi upahnya itu sudah banyak, dia akan menjualnya. Tentu dia akan memperolehi wang yang banyak. Dia juga ingin segera berumah tangga. Dia ingin isteri yang cantik.
Mat Jenin pernah menceritakan cita-citanya itu kepada kawan-kawan sebayanya. Dia bercerita bukan saja dengan Mat Lodin, Leman, Jenal. Dolit bahkan dengan Sipah dan Leha, jiran terdekatnya. Mereka mentertawakan Mat Jenin. Mereka mengejek Mat Jenin. Mereka mempersendakan Mat Jenin.
Mat Jenin pernah menceritakan cita-citanya itu kepada kawan-kawan sebayanya. Dia bercerita bukan saja dengan Mat Lodin, Leman, Jenal. Dolit bahkan dengan Sipah dan Leha, jiran terdekatnya. Mereka mentertawakan Mat Jenin. Mereka mengejek Mat Jenin. Mereka mempersendakan Mat Jenin.
“Mat Jenin orang papa,
Nak Kahwin puteri raja,
Kerja dia panjat kelapa,
Kalau jatuh padan muka,
Kasihan dia!
Kasihan dia!”
Nyanyian ini menyakitkan hati Mat Jenin. Nyanyian inilah yang sering dinyanyikan oleh budak-budak kampung apabila bertemu Mat Jenin,
Neneknya sering menyabarkannya,”Sabarlah Mat. Buat tak tahu saja. Biarlah mereka ejek. Penat mulutnya nanti, diamlah mereka,” kata neneknya.
Nasihat neneknya itulah yang dijadikan semangat untuk rajin bekerja. Cita-citanya tidak lain ingin mendapat wang yang banyak. Dia mahu membuktikan terutama kepada orang kampung yang mengejek-ejeknya. Dia mahu membuktikan terutama kepada Sipah dan Leha yang celupar mulut itu.
“Engkau tengoklah nanti, aku akan kaya. Aku akan kahwin dengan puteri raja. Demikian kata Mat Jenin kepada Leha dan Sipah pada suatu petang.
«««
Matahari sudah tinggi. Sinarannya terasa menggigit kulit tubuh. Suasana di Pasar Sari, Kampung Nyiur Tegak riuh-rendah. Kelihatan Mat Jenin sibuk dengan pelanggannya. Air kelapa mudanya laris terjual.
Apabila ada Pasar Sari, Mat Jenin tidak mengambil upah memanjat pokok kelapa. Dia lebih suka menjual air kelapa muda. Dia sudah membuat perkiraan. Menjual air kelapa muda lebih banyak untungnya daripada upah memetik kelapa.
“Mari! Mari! Air kelapa muda, penghilang dahaga.”Mat Jenin cuba menarik perhatian orang ramai yang lalu-lalang di situ.
“Minum air kelapa, boleh kahwin anak raja?” Sindir Jenal yang lalu di hadapan kereta sorong Mat Jenin. Mereka yang mendengar usikan Jenal itu tertawa terbahak-bahak.
Mat Jenin tidak menghiraukan ejekan orang ramai. Dia terus menjual air kelapanya.
“Mari abang, mari kakak! Air kelapa, pembasah tekak.” Orang ramai di Pasar Sari itu tersenyum-senyum melihat telatah Mat Jenin.
“Mari! Mari! Adik manis, kelapa muda enak rasanya. Sekali cuba tidur tak lena.” Mat Jenin terus melaung-laung untuk melariskan jualannya. Seorang demi seorang menghampiri Mat Jenin untuk membeli air kelapa muda.
Orang ramai mulai surut. Mat Jenin tersenyum puas. Dalam kepalanya sudah mengira-ngira keuntungan yang diperolehi pada hari itu.
“Aku akan simpan duit ini di dalam tabung. Apabila dah banyak, aku nak buka perniagaan lain.” Mat Jenin sudah berkira-kira sejak awal lagi.
«««
Pada suatu hari Mat Jenin sudah bangun pagi-pagi. Setelah sembahyang Subuh, dia bersiap-siap untuk bekerja. Mat Jenin kini tinggal sebatang kara. Baru sepurnama yang lalu neneknya meninggal dunia.
“Hari ini aku mahu memanjat pokok kelapa di Kampung Ujung,” kata Mat Jenin sendirian.
Cuaca pagi itu amat baik. Angin pagi bertiup nyaman. Mat Jenin pun berjalan menuju ke Kampung Ujung. Parang kontotnya tersisip di pinggang. Sambil melangkah, Mat Jenin berangan-angan.
“Orang Kampung Ujung tu kaya. Kebun kelapanya luas. Tentu aku akan mendapat upah yang banyak.” Mat Jenin tersenyum sendirian.
“Hei, Mat!”
Mat Jenin terkejut mendengar panggilan itu. Dia berpaling ke arah datangnya suaranya itu.
“Panjat kelapa lagi? Nak cepat kaya, ya? Maklumlah nak berkahwin dengan puteri raja,” kata Leman tersenggih-senggih di tangga rumahnya.
Mat Jenin memasamkan mukanya. Dia segera melangkah semula. Sambil berjalan, dia merungut-rungut.
“Katalah apa yang kau nak kata. Aku pasti kaya pada suatu hari nanti.”
Sampai di Kampung Ujung, Mat Jenin tidak berlengah-lengah lagi. Dia terus memanjat pokok kelapa. Dari sebatang pokok, ke sebatang pokok yang lain. Dia tersenyum puas melihat kelapa yang digugurkannya berlambak-lambak di tanah.
“Ya, ada sebatang lagi yang belum ku panjat. Wah, buahnya memang lebat. Tentu banyak upah yang ku dapati hari ini,” kata Mat Jenin di dalam hati.
Mat Jenin pun terus memanjat pokok yang terakhir. Apabila sampai di atas, sebiji demi sebiji kelapa digugurkan.
“Aku mahu jual kelapa yang aku dapat nanti. Duitnya akan ku beli anak-anak ayam. Aku tak mahu lagi memanjat pokok kelapa. Aku mahu menternak ayam pula. Apabila ayam-ayam aku besar, akan ku jual ayam itu. Duit tabungku masih ada sedikit. Dicampur dengan hasil jualan ayam, tentu menjadi banyak. Apabila banyak duit, aku akan menternak kambing pula. Wah! Usaha perniagaanku bertambah besar. Ha, ha, ha, ha, ha!” Mat Jenin tertawa terbahak-bahak.
“Apabila kambing-kambingku membesar, akan ku jual. Aku nak beli sepasang lembu. Tentu lembu-lembuku akan cepat beranak-pinak. Akan ku jual lembu-lembu itu beberapa ekor. Duitnya akan kujadikan modal untuk berniaga. Perniagaanku maju. Modalku bertambah. Aku akan membeli sebuah kapal, dan membawa hasil daganganku ke luar negeri. Aku akan membina rumah yang besar. Aku akan membeli kuda sebagai kenderaan. Aku akan memberi pelbagai hadiah kepada raja, dan tentu aku akan dikasih oleh raja. Selepas itu, puteri raja yang cantik jelita akan ku pinang. Aku akan memakai baju yang indah-indah dan menunggang kuda Parsi yang gagah menyertai rombongan meminang puteri raja. Orang ramai berbaris di jalan-jalan dan lorong yang kulalui untuk melihat rombongan orang kaya Mat Jenin. Alangkah segaknya aku ketika itu.”
Mat Jenin terus berkhayal. Dia duduk di atas pelepah kelapa dan mengenjut-enjut seperti sedang menunggang kuda. Malang Mat Jenin! Mat Jenin terus melurut ke bawah. Mujur pokok kelapa tidak tinggi. Mat Jenin jatuh terduduk.
“Aduh...! sakitnya!” keluh Mat Jenin.
Mat Jenin bangun sambil menggosok-gosok punggungnya. Mat Jenin melihat sungguh banyak buah kelapa yang sudah dipetiknya, berlonggok-longgok di sana sini. Mat Jenin tersenyum, cita-citanya akan diteruskan. Dia akan berusaha sehingga menjadi kaya dan berkahwin dengan puteri raja.
Indonesia
Lebai Malang
(Diadaptasi bebas dari Ny. SDB Aman,"Lebai Malang," Folk Tales From Indonesia , Jakarta: Djambatan, 1976, hal.15-19). (Diadaptasi Bebas Dari Ny:. SDB Aman, "Lebai Malang," Folk Tales From Indonesia, Jakarta Djambatan, 1976, hal.15-19).
Tersebutlah kisah seorang guru agama yang hidup di tepi sungai di sebuah desa di Sumatera Barat.
Pada suatu hari, dia mendapat undangan pesta dari dua orang kaya dari desa-desa tetangga. Sayangnya pesta tersebut diadakan pada hari dan waktu yang bersamaan.
Pak Lebai menimang-nimang untung dan rugi dari setiap undangan. Tetapi ia tidak pernah dapat mengambil keputusan dengan cepat. Ia berpikir, kalau ia ke pesta di desa hulu sungai, tuan rumah akan memberinya hadiah dua ekor kepala kerbau. Namun, ia belum begitu kenal dengan tuan rumah tersebut. Menurut berita, masakan orang-orang hulu sungai tidak seenak orang hilir sungai.
Kalau ia pergi ke pesta di hilir sungai, ia akan mendapat hadiah seekor kepala kerbau yang dimasak dengan enak. Ia juga kenal betul dengan tuan rumah tersebut. Tetapi, tuan rumah di hulu sungai akan memberi tamunya tambahan kueh-kueh. Hingga ia mulai mengayuh perahunya ke tempat pestapun ia belum dapat memutuskan pesta mana yang akan dipilih.
Pertama, dikayuh sampannya menuju hulu sungai. Baru tiba ditengah perjalanan ia mengubah pikirannya. Ia berbalik mendayung perahunya ke arah hilir. Begitu hampir sampai di desa hilir sungai. Dilihatnya beberapa tamu menuju hulu sungai. Tamu tersebut mengatakan bahawa kerbau yang disembelih di sana sangat kurus. Dia pun mengubah haluan perahunya menuju hulu sungai. Sesampainya di tepi desa hulu sungai, para tamu sudah beranjak pulang. Pesta di sana sudah selesai.
Pak lebai cepat-cepat mengayuh perahunya menuju desa hilir sungai. Sayangnya, di sanapun pesta sudah berakhir. Pak Lebai tidak mendapat kepala kerbau yang diinginkannya.
Saat itu ia sangat lapar, ia memutuskan untuk memancing ikan dan berburu. Untuk itu ia membawa bekal nasi. Setelah memancing agak lama, kailnya dimakan ikan. Namun kail itu menyangkut di dasar sungai. Pak Lebai pun terjun untuk mengambil ikan tersebut. Sayangnya ikan itu dapat melepaskan diri. Dan anjingnya memakan nasi bekal Pak Lebai. Oleh kerana kemalangan nasibnya, pak Lebai diberi jolokan Lebai Malang.
Brunei
Puteri Tungkul Pisang
Pada zaman dahulu ada sebuah kampung yang penduduknya rajin bercucuk tanam. Mereka hidup aman damai dan bantu-membantu dalam apa jua perkara.
Di kampung itu tinggal seorang pemuda bernama Tunggal. Tunggal tinggal seorang diri. Kedua orang tuanya telah lama meninggal dunia.
Tunggal seorang pemuda yang rajin. Di sekeliling rumahnya banyak ditanam dengan pokok buah-buahan seperti pisang, cempedak, nangka, durian dan mangga. Tunggal mulai bekerja di kebunnya waktu pagi dan waktu senja barulah dia naik ke rumahnya.
Pada suatu senja ketika Tunggal bekerja di kebunnya, dia ternampak sepohon pokok pisang yang telah berbuah dan hampir masak. Pada mulanya Tunggal bercadang hendak menebang pokok pisang itu esok, tetapi dia berasa bimbang pula kalau-kalau tupai akan memakannya. Tunggal lalu memotong tandan pisang itu. Malangnya sewaktu memotong tandan pisang itu parangnya telah melukai salah satu jarinya. Tunggal merasa kesakitan lalu bergegas hendak naik ke rumahnya tanpa menghiraukan pokok pisang yang belum ditebangnya itu.
Belum pun jauh Tunggal melangkahkan kakinya, dia terdengar suara wanita memanggil namanya. Tunggal terhenti dan perlahan-lahan menoleh. Dia terpegun sebentar melihat kecantikan wanita itu dengan rambutnya yang panjang terurai.
“Tolong saya, rumah saya jauh. Saya tidak berani pulang. Benarkanlah saya menumpang semalam di rumah awak,” kata wanita itu memohon belas kasihan.
Pada mulanya Tunggal merasa keberatan, tetapi memandangkan wanita itu benar-benar memohon pertolongan akhirnya Tunggal bersetuju dan mempelawanya naik ke rumah.
Sebaik-baik sahaja masuk ke rumah, wanita itu terus membuat kerja-kerja rumah dan memasak seolah-olah dia sudah biasa dengan rumah Tunggal itu. Tunggal tercengang.
“Marilah makan bersama,” pelawa Tunggal, apabila hidangan telah disajikan oleh wanita itu.
“Tak apalah, makanlah awak dahulu, saya masih kenyang. Kalau saya lapar, saya makan sendiri nanti,” jawab wanita itu dengan penuh sopan.
Pada keesokan paginya apabila Tunggal terjaga dari tidur didapatinya wanita itu sudah tidak ada di rumahnya. Pada sangkaan Tunggal wanita itu telah pulang.
Tetapi pada waktu malam wanita itu datang semula ke rumah Tunggal. Tunggal rasa terkejut dengan kedatangan wanita itu.
“Awak tak jadi pulang?” tanya Tunggal kehairanan.
“Tidak,” jawab wanita itu dengan sedih.
“Saya telah dihalau oleh kedua-dua orang tua saya. Saya tak ada tempat tinggal lagi, sebab itu saya datang ke sini meminta pertolongan awak,” kata wanita itu sambil menangis teresak-esak.
Tunggal merasa serba salah. Kalau dibenarkan tinggal di rumahnya, bagaimana nanti pandangan orang kampung. Akhirnya kerana kasihan kepada wanita itu Tunggal pun membenarkan wanita itu masuk dan bermalam di rumahnya.
Sepanjang wanita itu tinggal di rumah Tunggal, dia pandai mengambil hati, rajin menguruskan rumahtangga dan bersopan santun. Akhirnya Tunggal pun jatuh hati dengan wanita itu dan meminta wanita itu berkahwin dengannya.
Orang kampung heboh Tunggal hendak memperisterikan wanita itu. Ada di antara orang kampung yang menasihati Tunggal agar menyelidiki latar belakang wanita itu. Tetapi oleh kerana Tunggal sudah jatuh hati dan amat sayang kepada wanita itu, semua nasihat orang tidak dipedulikannya. Orang kampung tidak dapat berbuat apa-apa kerana Tunggal tidak mahu berganjak dari hasratnya itu.
Atas permintaan wanita itu, perkahwinan Tunggal dengan wanita itu dilangsungkan di sebelah malam.
Hiduplah Tunggal dengan isterinya dalam suasana gembira.
Sejak berkahwin dengan wanita itu keadaan Tunggal berubah sekali. Dia seperti orang sakit. Muka pucat dan badannya semakin susut dan kurus. Jarinya yang luka sebulan yang lalu itu masih belum sembuh.
Tunggal juga merasa hairan, lebih-lebih lagi semenjak berkahwin dia belum pernah tidur bersama-sama isterinya. Isterinya sering menghilangkan diri. Setiap kali dia bangun tidur, isterinya tidak ada. Apabila tunggal bertanya, isterinya mengatakan yang dia pergi ke rumah temannya di kampung seberang.
Pada suatu hari ketika isterinya tidak ada di rumah, Tunggal berjumpa dengan seorang lelaki tua di kampung seberang. Tunggal menceritakan perihal dirinya dan isterinya serta jarinya yang belum sembuh itu. Apabila orang tua itu mendengar cerita dan melihat jari Tunggal, fahamlah orang tua itu siapa isteri Tunggal itu sebenarnya. Orang tua itu pun menyuruh Tunggal menyediakan segolong benang dan sekotak pin. Dia seterusnya mengajar Tunggal cara menggunakan kedua-dua benda tersebut. Dia juga menyuruh Tunggal tidur awal.
“Apabila isterimu menghisap jarimu, sematkanlah pin yang diikat dengan benang itu pada bajunya. Tetapi ingat, jangan sampai ia tahu,” kata orang tua itu kepada Tunggal.
Tunggal pun pulang ke rumahnya waktu senja. Apabila dia sampai di rumah, dia mendapati isterinya sedang sibuk membuat kerja-kerja rumah seperti biasa. Tunggal memberitahu isterinya yang dia tidak mau makan kerana badannya kurang sihat dan dia hendak tidur sahaja.
Setelah jauh malam, isteri Tunggal pun masuk ke bilik. Apabila dilihatnya Tunggal sedang tidur, dengan perlahan-lahan dia mencari jari Tunggal yang luka itu laku menghisapnya. Tanpa disedari oleh isterinya, Tunggal menyematkan pin yang diikat dengan benang itu pada baju isterinya.
Setelah puas menghisap darah, isteri Tunggal pun bangun perlahan-lahan lalu keluar menuju ke belakang rumah kerana hari sudah hampir siang.
Setelah hari siang, Tunggal terus bangkit dan bersiap untuk mengesan jejak isterinya. Sebelum keluar meninggalkan rumah, Tunggal sempat mengambil parang.
Tunggal pun berjalan mengikuti benang yang terurai itu. Dia merasa hairan apabila mendapati hujung benang itu termasuk dalam pokok pisang yang buahnya pernah diambilnya sebulan lalu.
Dengan tidak berfikir panjang, Tunggal terus mencabut parang yang tersisip di pinggangnya lalu menebang pokok pisang itu. Serentak dengan itu tiba-tiba kedengaran suara perempuan menjerit kesakitan dan darah memancut keluar dari batang pisang itu. Tunggal terperanjat kerana jeritan perempuan itu adalah suara isterinya.
Melihat keadaan demikian, timbul rasa kesal dan terharu di hati Tunggal. Barulah Tunggal menyedari wanita yang menjadi isterinya itu bukannya manusia biasa tetapi makhluk halus yang menyerupai manusia.
Menurut cerita orang tua-tua, makhluk itu ialah Puteri Tungkul Pisang. Sebab itu orang tua-tua selalu berpesan, apabila mengambil buah pisang hendaklah ditebang dengan batangnya sekali kerana ditakuti Puteri Tungkul Pisang akan menjelma daripada batang pisang itu kelak.
Malaysia
Tenggang
Diceritakan semula oleh Sharif Putera
Pada suatu petang Si Tenggang dan dua orang rakannya, Si Keledak dan Si Akoi meminta izin daripada ibu dan bapa mereka kerana hendak menjerat lotong. Selepas itu mereka pun berjalan menuju hala kuala sungai. Sebelum ini, sudah beberapa kali mereka keluar menjerat. Ibu bapa mereka sangat gembira kerana mereka akan membawa pulang beberapa ekor lotong.
Entah apa sebabnya, hari itu lotong sukar ditemui. Namun mereka tidak putus asa. Ketika hari hampir senja, mereka berpecah. Mereka berjanji bertemu di bawah pokok gurah besar.
Selepas berpisah, tuah pun datang kepada Si Tenggang. Seekor anak lotong terloncat-loncat pada umbi pokok derdap. Si Tenggang menahan jerat yang dibawanya. Ketika sedang memasangnya, ibu lotong dengan marah datang dari arah belakang. Si Tenggang diterkamnya. Si Tenggang jatuh. Ibu lotong terus menyerang.
Tiba-tiba, kedengaran suara bising dari arah selatan. Ibu lotong melihat atas bawah. Kemudian dia mengheret anaknya. Tinggallah Si Tenggang seorang diri. Banyak bekas gigitan lotong itu pada badannya.
Rupa-rupanya pada masa itu, kapal Helang Segera berlabuh di muka kuala. Nakhoda Jaya bersama beberapa orang anak buahnya bersiar-siar dengan sampan. Mereka menyusur tebing dengan perlahan.
Semasa menyusur anak sungai itu, salah seorang anak sampan itu terdengar suara orang mengaduh kesakitan. Nakhoda Jaya cuba memasang telinga. Sahlah ada suara orang meminta tolong.
“Rapatkan ke tebing. Orang itu dalam kesusahan. Mari kita mencarinya,” kata Nakhoda Jaya.
Mereka melompat ke darat. Tidak jauh dari situ, mereka melihat seorang budak lelaki terbaring. Badannya penuh darah.
“Bawa budak ini ke sampan. Kita pulang ke kapal,” perintah Nakhoda Jaya kepada anak buahnya.
Si Tenggang tidak membantah. Dia membiarkan dirinya diusung. Tiba-tiba, dia teringat dua rakannya iaitu, Si Keledek dan Si Akoi. Ke mana agaknya mereka pergi?
«««
Dalam pada itu, ibu bapa Si Tenggang, Si Talang dan Si Deruma duduk termenung di pondok mereka, sebelum senja tadi, ramai yang duduk di halaman. Mereka bimbang apa yang akan terjadi kepada Si Tenggang. Si Keledek dan Si Akoi sudah balik.
Malam itu, Si Talang memanggil batin Itam. Batin Itam menilik. Katanya, “Si Tenggang masih ada. Dia akan pulang juga ke kampung. Kamu jangan risau.”
Malam itu, Si Talang memanggil batin Itam. Batin Itam menilik. Katanya, “Si Tenggang masih ada. Dia akan pulang juga ke kampung. Kamu jangan risau.”
«««
Sementara itu, sampan yang membawa Si Tenggang sudah sampai di kapal. Si Tenggang diusung naik. Beberapa orang menyapu ubat padanya. Yang lain pula menolong membersihkan budak yang berkulit gelap itu.
Nakhoda Jaya teringat akan dirinya. Dia belum mempunyai anak. Apabila melihat rupa dan tingkah laku Si Tenggang, Nakhoda menjadi kasihan. Niatnya hendak menghantar balik anak orang asli itu dipadamkan. Sebaliknya, Nakhoda Jaya memerintahkan anak buahnya mengangkat sauh.
“Si Tenggang jangan bimbang. Saya akan menjaga awak,” kata Nakhoda Jaya.
Dipeliharanya Si Tenggang seperti anaknya sendiri. Ke mana dia pergi akan dibawanya Si Tenggang bersama. Maka setelah beberapa lama, remajalah Si Tenggang, menjadi pemuda tampan dan segak.
Ramai orang besar-besar berkenan kepada Si Tenggang. Ingin mereka menjadikannya menantu mereka. Bagaimanapun, Nakhoda Jaya memilih anak perempuan saudagar Biram sebagai pasangan anak angkatnya itu. Namanya Puspa Sari.
Si Tenggang pula dari hari ke hari telah mendapat banyak pengalaman. Nakhoda Jaya sangat yakin kepada anak angkatnya itu. Maka pada hari yang baik, diserahkanlah kapal Helang Segera kepada Si Tenggang.
“Ayahanda yakin anakanda boleh memimpin anak buah kapal ini. Ayahanda juga yakin anakanda sudah pandai berniaga,” kata Nakhoda Jaya.
«««
Setelah diserahkan kapal itu, Si Tenggang telah membuat perubahan besar. Mana-mana anak kapal yang tua digantikan dengan yang muda. Tujuannya, supaya anak kapalnya tidak tahu asal usulnya. Oleh itu, senanglah dia bertindak.
Perasaan tamak mula datang ke dalam dirinya. Dia ingin mencari harta yang lebih banyak. Si Tenggang pun mengumpulkan anak-anak kapalnya.
“Kita akan mencari harta dengan cepat. Oleh itu, setiap orang mesti gagah berani. Kita akan rompak mana-mana kapal yang lalu di laut kita!”
Si Tenggang bercita-cita menjadi raja. Katanya, kalau wang dapat dikumpul dengan banyak, dia akan takluk sebuah negeri. Kemudian dia akan menjadi raja. Dia akan berbuat apa sahaja.
Pada setiap kali belayar, kapal Helang Segera berhenti rehat di negeri Labuhan Puri. Si Tenggang akan menghadap raja. Setiap kali menghadap, Si Tenggang membawa buah tangan untuk puteri itu.
Akhirnya, puteri raja itu, Puteri Ratna Lela, jatuh hati kepadanya. Si Tenggang telah dipanggil menghadap secara sulit. Hubungan mereka, akhirnya terbuka. Bagi mengatasinya, puteri itu dikahwinkan dengan Si Tenggang.
Walaupun dapat berkahwin dengan puteri raja, Si Tenggang masih susah hati. Kedua isterinya belum bertegur sapa. Jauh sekali berkenalan lebih mesra.
Setelah lama berfikir, datanglah akal kepada Si Tenggang. Si Tenggang mengajak kedua isterinya itu bersiar-siar di laut.
“Apa pendapat adinda Puspa Sari?”
Puspa Sari tidak menjawab. Dia meraba perutnya yang sudah sarat mengandung.
Si Tenggang faham. Dia berjanji membawa bidan dan inang secukupnya. Puteri Ratna Lela pula amat sukacita apabila diajak melihat laut itu.
Setelah siap semuanya, Helang Segera terus belayar. Di setiap pelabuhan Helang Segera melabuhkan sauh. Nakhoda Tenggang membawa turun kedua-dua isterinya bersiar-siar. Dia sangat gembira melihat kedua-dua isterinya sudah berbaik.
Sedang Helang Segera belayar dengan laju, tiba-tiba langit sebelah barat menjadi hitam. Ada tanda-tanda akan turun ribut. Nakhoda Tenggang meminta jurumudi menghalakan haluan ke darat, mencari kuala sungai yang besar.
“Itu dia jurumudi!” seru seorang anak kapal. Kapal Helang Segera sempat berlindung di kuala sungai itu. Malam itu, hujan dan ribut turun dengan lebatnya. Pada pagi esok, keadaan telah pulih seperti sedia kala.
Nakhoda Tenggang melihat sekeliling. Alangkah cantiknya kuala sungai itu. Ada pulau yang berpasir putih. Lalu diajaknya beberapa orang muda bersampan. Mereka berkayuh sampai di sebuah anak sungai. Mereka terserempak dengan dua lelaki sedang berkayuh dengan sebuah sampan kecil.
Si Tenggang tiba-tiba teringat lalu menjerit.
“Keledek! Akoi!”
kedua lelaki itu terus berkayuh. Sekali-sekala mereka berpaling Nakhoda Tenggang mula tersedar. Dia tidak patut menjerit nama rakan-rakannya itu.
“Siapa mereka itu, tuan nakhoda?” tanya seorang pengayuh. Nakhoda Tenggang tidak menjawab. Sebaliknya, dia meminta mereka berpatah balik.
“Kita balik ke kapal,” jawabnya. Setelah sampai di kapal, Nakhoda tenggang mahukan kapalnya terus belayar. Akan tetapi isterinya Puspa Sari mulai sakit hendak bersalin.
«««
Adapun pada tengah hari itu, anak buah Batin Itam berkumpul di hadapan rumah Si Talang dan Si Deruma.
“Aku nampak Si Tenggang. Dia panggil kami,” kata Si Keledek.
“Abang Tenggang naik kapal besar di muka kuala,” sambung Si Akoi.
Ramai yang tidak percaya cerita Si Keledek dan Si Akoi. Namun, Si Talang dan Si Deruma sangat yakin. Mereka berdua terus ke hutan mencari cikah dan lotong. Mereka akan panggang cikah dan lotong itu. Tentu Si Tenggang gembira melihat makanan kesukaannya itu, fikir Si Talang dan si Deruma.
Pada esok hari, Si Talang dan Si Deruma bersampan ke kapal Helang Segera. Setelah diberitahu kedatangan kedua orang tua itu, Si Tenggang keluar melihat. Demi melihat ayah dan ibunya, Si Tenggang berpaling tetapi Si Deruma berseru:
“Hai Tenggang! Buah hati mak. Ambillah makanan yang mak bawa ini.” Anak buah kapal Helang Segera hairan. Mereka memandang sesama sendiri. Si Tenggang berasa malu. Lalu dia menengking.
“Hai orang tua! Siapa buah hati kamu? Bila pula kamu ada buah hati di sini?”
Si Talang dan Si Deruma terperanjat. Tidak disangka anak mereka berkata demikian. Si Tenggang, seorang anak yang baik. Si Deruma tidak putus asa. Dia terus berteriak:
“Sampai hati kamu berkata begitu kepada kami, Tenggang. Rupa mak dan rupa ayah hodoh. Tentu kamu tidak mahu mengaku!”
Anak kapal Helang Segera menjadi riuh-rendah. Tuan Puteri Ratna Lela keluar dari bilik beradunya.
“Tenggang, ambillah makanan dari mak ini,”kata Si Deruma sambil sebelah tangannya mencapai birai kapal.
Puteri Ratna Lela melihat wajah Nakhoda Tenggang. Mukanya berkerut.
“Ceh, begini rupanya ayah dan emak kakanda? Ayah dan emak kanda orang asli?” tanya Tuan Puteri Ratna Lela.
Dari arah belakang, datang pula Puspa Sari. Dia dipapah oleh bidannya. “Ada apa, kanda?” Puspa Sari ingin tahu. “Orang tua hodoh itu mengaku suami kita ini anak mereka,” jawab Tuan Puteri Ratna Lela.
”Kalau benar apa salahnya,” balas Puspa Sari. Dia sangat kasih melihat dua orang tua itu. Mereka tidak mahu melepaskan birai kapal Helang Segera.
Dari arah belakang, datang pula Puspa Sari. Dia dipapah oleh bidannya. “Ada apa, kanda?” Puspa Sari ingin tahu. “Orang tua hodoh itu mengaku suami kita ini anak mereka,” jawab Tuan Puteri Ratna Lela.
”Kalau benar apa salahnya,” balas Puspa Sari. Dia sangat kasih melihat dua orang tua itu. Mereka tidak mahu melepaskan birai kapal Helang Segera.
“Tidak, mereka bukan ayah dan emak kakanda,” jawab Nakhoda Tenggang dengan angkuh. Disepaknya tangan emaknya itu. Melihat kejadian itu Si Talang menarik isterinya turun,
“Tidak baik kakanda menyepak orang tua itu. Orang tua patut kita hormati,” kata Puspa Sari sambil menekan perutnya.
“Tidak baik kakanda menyepak orang tua itu. Orang tua patut kita hormati,” kata Puspa Sari sambil menekan perutnya.
“Biarkan. Padan dengan mukanya,” balas Tuan Puteri Ratna Lela.
Melihat kejadian itu, Si Talang menarik tangan isterinya.
“Si Deruma, kalau Si Tenggang tak mengaku kita ayah dan emaknya, marilah kita balik,” katanya.
Si Deruma terus menangis. Tangan kanan bekas sepakan kaki anaknya itu masih sakit. Kemudian dengan menadah kedua tangannya, Si Deruma mendongk ke langit.
“Ya, Tuhan! Kalau benarlah Si tenggang itu anak aku, tunjukkan balasan yang sepadan dengan prbuatannya,” Si Deruma berdoa.
Si Tenggang berjalan ke biliknya dengan ketawa terbahak-bahak. Semasa dia hendak masuk bilik Tuan Puteri Ratna Lela, tiba-tiba dia berasa badannya menjadi keras.
“Kenapa, kakanda?” Tuan Puteri Ratna Lela memapah.
“Tangan kakanda menjadi keras. Kaki kakanda menjadi keras,” kata Si Tenggang.
Seorang anak kapal berlari-lari datang. Mukanya cemas.
“Tuan Nakhoda, kapal kita sudah senget. Kapal kita hendak tenggelam,” adu anak kapal itu.
Nakhoda Tenggang sudah pun kaku. Tuan Puteri Ratna Lela juga sudah Kaku.
Nakhoda Tenggang sudah pun kaku. Tuan Puteri Ratna Lela juga sudah Kaku.
Si Talang dan Si Deruma melihat kapal Helang Segera tenggelam sedikit demi sedikit.
Indonesia
(Legenda Rakyat Minangkabau, diceritakan kembali oleh “Bunda Naila”)
Sumber: www.webgaul.com
Pada suatu waktu, hiduplah sebuah keluarga nelayan di pesisir pantai wilayah Sumatra. Keluarga tersebut terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak laki-laki yang diberi nama Malin Kundang. Kerana kondisi keuangan keluarga memprihatinkan, ayah memutuskan untuk mencari nafkah di negeri seberang dengan mengarungi lautan yang luas.
Seminggu, dua minggu, sebulan, dua bulan bahkan sudah berganti tahun, ayah Malin Kundang tidak juga kembali ke kampung halamannya. Sehingga ibunya harus menggantikan posisi ayah Malin Kundang untuk mencari nafkah.
Malin Kundang termasuk anak yang cerdas tetapi sedikit nakal. Ia sering mengejar ayam dan memukulnya dengan sapu. Suatu hari ketika Malin Kundang sedang mengejar ayam, ia tersandung batu dan lengan kanannya luka terkena batu. Luka tersebut menjadi berbekas dilengannya dan tidak bisa hilang.
Setelah beranjak dewasa, Malin Kundang merasa kasihan dengan ibunya yang banting tulang mencari nafkah untuk membesarkan dirinya. Ia berpikir untuk mencari nafkah di negeri seberang dengan harapan nantinya ketika kembali ke kampung halaman, ia sudah menjadi seorang yang kaya raya. Malin Kundang tertarik dengan ajakan seorang nakhoda kapal dagang yang dulunya miskin sekarang sudah menjadi seorang yang kaya raya.
Malin Kundang mengutarakan maksudnya kepada ibunya. Ibunya semula kurang setuju dengan maksud Malin Kundang . Tetapi karena Malin Kundang terus mendesak, Ibu Malin Kundang akhirnya menyetujuinya walau dengan berat hati.
Setelah mempersiapkan bekal dan perlengkapan secukupnya, Malin Kundang segera menuju ke dermaga dengan diantar oleh ibunya. “Anakku, jika engkau sudah berhasil dan menjadi orang yang berkecukupan, jangan kau lupa dengan ibumu dan kampung halamannu ini, nak”, ujar Ibu Malin Kundang sambil berlinang air mata.
Di tengah perjalanan, tiba-tiba kapal yang dinaiki Malin Kundang di serang oleh bajak laut. Semua barang dagangan para pedagang yang berada di kapal dirampas oleh bajak laut. Bahkan sebahagian besar anak kapal dan orang yang berada di kapal tersebut dibunuh oleh para bajak laut. Malin Kundang sangat beruntung dirinya tidak dibunuh oleh para bajak laut, karena ketika peristiwa itu terjadi, Malin Kundang segera bersembunyi di sebuah ruang kecil yang tertutup oleh kayu.
Malin Kundang terkatung-katung ditengah laut, hingga akhirnya kapal yang ditumpanginya terdampar di sebuah pantai. Dengan sisa tenaga yang ada, Malin Kundang berjalan menuju ke desa yang terdekat dari pantai . Sesampainya di desa tersebut, Malin Kundang ditolong oleh masyarakat di desa tersebut setelah sebelumnya menceritakan kejadian yang menimpanya.
Desa tempat Malin Kundang terdampar adalah desa yang sangat subur. Dengan keuletan dan kegigihannya dalam bekerja, Malin Kundang lama kelamaan berhasil menjadi seorang yang kaya raya. Ia memiliki banyak kapal dagang dengan anak buah yang jumlahnya lebih dari 100 orang. Setelah menjadi kaya raya, Malin Kundang mempersunting seorang gadis untuk menjadi istrinya.
Berita Malin Kundang yang telah menjadi kaya raya dan telah menikah sampai juga kepada ibu Malin Kundang. Ibu Malin Kundang merasa bersyukur dan sangat gembira anaknya telah berhasil. Sejak saat itu, ibu Malin Kundang setiap hari pergi ke dermaga, menantikan anaknya yang mungkin pulang ke kampung halamannya.
Setelah beberapa lama menikah, Malin Kundang dan isterinya melakukan pelayaran dengan kapal yang besar dan indah disertai anak buah kapal serta pengawalnya yang banyak. Ibu Malin Kundang yang setiap hari menunggui anaknya, melihat kapal yang sangat indah itu, masuk ke pelabuhan. Ia melihat ada dua orang yang sedang berdiri di atas geladak kapal. Ia yakin kalau yang sedang berdiri itu adalah anaknya Malin Kundang berserta isterinya.
Malin Kundang pun turun dari kapal. Ia disambut oleh ibunya. Setelah cukup dekat, ibunya melihat belas luka dilengan kanan orang tersebut, semakin yakinlah ibunya bahwa yang ia dekati adalah Malin Kundang.
“Malin Kundang, anakku, mengapa kau pergi begitu lama tanpa mengirimkan khabar?”, katanya sambil memeluk Malin Kundang. Tapi apa yang terjadi kemudian?
Malin Kundang segera melepaskan pelukan ibunya dan mendorongnya hingga terjatuh.
“Wanita tak tahu diri, sembarangan saja mengaku sebagai ibuku”, kata Malin Kundang pada ibunya. Malin Kundang pura-pura tidak mengenali ibunya, karena malu dengan ibunya yang sudah tua dan mengenakan baju compang-camping.
“Wanita tak tahu diri, sembarangan saja mengaku sebagai ibuku”, kata Malin Kundang pada ibunya. Malin Kundang pura-pura tidak mengenali ibunya, karena malu dengan ibunya yang sudah tua dan mengenakan baju compang-camping.
“Wanita itu ibumu?”, Tanya isteri Malin Kundang.
“Tidak, ia hanya seorang pengemis yang pura-pura mengaku sebagai ibuku agar mendapatkan harta ku”, sahut Malin Kundang kepada istrinya.
“Tidak, ia hanya seorang pengemis yang pura-pura mengaku sebagai ibuku agar mendapatkan harta ku”, sahut Malin Kundang kepada istrinya.
Mendengar pernyataan dan diperlakukan semena-mena oleh anaknya, ibu Malin Kundang sangat marah. Ia tidak menduga anaknya menjadi anak derhaka. Karena kemarahannya yang memuncak, ibu Malin Kundang menadahkan tangannya sambil berkata “Oh Tuhan, kalau benar ia anakku, aku sumpahi dia menjadi sebuah batu”. Tidak berapa lama kemudian angin bergemuruh kencang dan badai dahsyat datang menghancurkan kapal Malin Kundang . Setelah itu tubuh Malin Kundang perlahan menjadi kaku dan lama-kelamaan akhirnya berbentuk menjadi sebuah batu karang.
Brunei
Nakhoda Manis
Pada zaman Sultan Bolkiah atau disebut orang juga Nakhoda Ragam, iaitu Sultan Brunei yang kelima, ada seorang pemuda bernama Manis. Ibunya bernama Dang Ambun. Ketika Manis masih kecil, bapanya telah meninggal dunia.
Dang Ambun ini seorang hartawan, seorang kaya. Kekayaan Dang Ambun adalah kerana harta yang diwarisinya daripada ayah Manis. Dang Ambun berjanji apabila Manis besar dan dewasa semua hartanya itu akan diserahkannya kepada Manis. Dia memiliki rumah besar yang indah seperti istana serta beberapa buah gedung perniagaan dan berpuluh-puluh buah kapal.
Semenjak suaminya meninggal dunia, Dang Ambun menumpukan segala perhatiannya dan mencurahkan segala kasih sayangnya kepada Manis, satu-satunya anak tunggal dan keturunan bangsawan pula. Semenjak kecil lagi Manis dididik oleh Dang Ambun dengan pelajaran agama, diserahkannya mengaji kepada seorang alim bersama-sama dengan anak-anak bangsawan yang lain.
Apabila Manis meningkat dewasa, Dang Ambun mulai pula memikirkan tentang masa depan anaknya itu.
“Semua hartaku ini adalah untukmu, Manis,” kata Dang Ambun seorang diri. “Tentulah akan bahagia dan senang hidupmu dengan harta ini dan kau pula akan mendapat seorang isteri yang cantik serta taat kepadamu.”
Dang Ambun mulai berangan-angan untuk mencarikan pasangan hidup Manis. Berangan-angan untuk mengahwinkan anaknya dengan seorang gadis yang cantik dan baik serta mulia hatinya.
“Nanti aku carikan Manis seorang gadis yang istimewa. Manis tak usahlah bersusah payah untuk bekerja. Kekayaan kita ini cukup untuk menjamin hidupmu hingga ke anak cucu dan turun-temurun,” demikian kata hati kecil Dang Ambun.
Manis lain pula, apa yang difikirkan dan diangan-angankan oleh ibunya itu tidak ada dalam kepalanya. Pada masa itu dia tidak memikirkan tentang hartanya yang banyak, dia tidak memikirkan untuk beristeri dan tidak juga memikirkan keturunan bangsawannya itu. Manis ada cita-cita sendiri. Apa yang dicita-citakan oleh Manis sedikit pun tidak diketahui oleh ibunya.
Pergaulan Manis dengan pemuda-pemuda bangsawan yang lain ketika itu telah dapat memberi semangat kepadanya. Banyak pemuda pada zaman itu yang suka belayar ke luar negeri. Apabila pemuda-pemuda itu balik ke tanahair mereka membawa berbagai-bagai cerita yang menarik. Manis dengan beberapa orang kawan rapatnya sangat suka mendengar cerita daripada pemuda-pemuda yang jauh perjalanan itu.
Cita-cita Manis ingin benar untuk mengikuti perjalanan pemuda-pemuda sebangsanya belayar ke luar negeri untuk mencari pengalaman. Diam di Brunei sahaja pun tidak ada apa yang dapat dibuatnya. Dia merasa dirinya sudah cukup dewasa seperti kawan-kawannya yang lain.
“Aku juga mahu mencari pengalaman. Aku mahu mengembara,” kata Manis seorang diri ketika balik dari rumah kawan-kawannya.
“Bapaku dahulu seorang pengembara juga kata ibu. Sekarang darah pengembara itu turun juga kepadaku,” katanya lagi.
“Sekarang anakanda sudah dewasa, bonda,” kata Manis. Dang Ambun semyum mendengarnya. Dia merasa gembira, Manis sudah dewasa.
“Anakanda mahu membuat jasa kepada negeri kita, bonda,” kata Manis lagi. Mendengar kata-kata anaknya demikian, Dang Ambun merasa terperanjat sedikit. “Izinkanlah anakanda mengembara bersama teman-teman Manis, bonda.”
“Oh Manis, ke manakah anakanda hendak pergi mengembara?” tanya Dang Ambun dengan sedih. Dia tidak menyangka Manis akan mengeluarkan kata-kata begitu.
“Bukankah hidup kita sudah cukup senang di Brunei ini. Sampai hati anakanda mahu meninggalkan bonda seorang diri,” kata Dang Ambun lagi.
“Manis sudah mengambil keputusan, bonda,” kata Manis.”lagipun Manis pergi bukannya lama.”
“Ke mana anakanda hendak pergi mengembara?” tanya Dang Ambun.
“Ke luar negeri. Bonda tak usah bimbang, anakanda tak akan melupakan bonda. Anakanda pergi bersama pemuda-pemuda Brunei yang mahir di laut.” Manis menyenangkan hati ibunya.
Dang Ambun tidak dapat berkata-kata lagi ketika itu. Hatinya sangat terharu, anak sulungnya Manis yang sangat dikasihi itu hendak mengembara untuk mencari pengalaman. Air mata Dang Ambun pun keluar membasahi pipinya kerana mengenangkan perpisahan dengan Manis.
“Bonda tak berdaya menahanmu, Manis,” kata Dang Ambun dalam hati.
Sesudah mencium tangan ibunya, Manis pun berangkat bersama teman-temannya dengan sebuah kapal layar menuju ke laut dengan rasa riang gembira.
“Oh Tuhanku, lindungilah Manisku yang entah ke mana rantau ditujunya...” doa Dang Ambun.
Bertambah sedih hatinya apabila mengingatkan Allahyarham suaminya. Dahulu suami Dang Ambun juga seorang ahli pengembara dan mahir di laut; tetapi suaminya itu mati terbunuh di negeri orang. Ini anaknya pula akan mengembara entah ke mana. Apakah kepergian Manis itu hendak menuntut bela atas kematian bapanya? Sebenarnya Manis sendiri pun tidak pernah tahu apa punca kematian bapanya. Dang Ambun juga tidak pernah menceritakan kepadanya. Tidak siapa yang tahu ke mana tempat yang Manis dan kawan-kawannya tuju, mereka hanya mengatakan untuk mencari pengalaman di negeri orang. Itulah sebabnya Dang Ambun sangat bimbang, dia tidak tahu kejadian buruk akan menimpa pula kepada diri Manis.
Setelah Manis pergi belayar meninggalkan Brunei, Dang Ambun sentiasa bersedih dan rindu kepada anaknya itu. Siang dan malam Dang Ambun mendoakan keselamatan anaknya. Dia sanggup berkorban apa sahaja untuk Manis. Tiap-tiap malam Jumaat Dang Ambun mengadakan kenduri di tiap-tiap masjid.
Minggu berganti minggu, bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, Manis yang ditunggu-tunggu belum juga pulang. Entah bagaimana keadaan Manis, entah di mana tempatnya. Dang Ambun tetap berkorban seperti biasa mengadakan kenduri di tiap-tiap masjid.
Sebuah demi sebuah gedungnya dijual untuk belanja mengadakan kenduri. Keadaan diri Dang Ambun pun tidak lagi terurus sehingga dia jatuh sakit. Ketika dia sakit berbulan-bulan lamanya dia terus menyuruh orang mengadakan kenduri. Akhirnya kapal-kapalnya di laut itu pun terpaksa dijual untuk belanja mengadakan kenduri dan belanja mengubati dirinya.
Sanak saudaranya menasihatkan, “Tak usah difikirkan sangat Manis itu Dang Ambun, dia tetap selamat.”
“Kamu semua mana tahu perasaanku. Kamu mana ada anak-anak yang mengembara macam Manis,” jawab Dang Ambun sambil menangis.
“Bukan begitu Dang Ambun, jangan sampai kesihatan Dang Ambun sendiri terganggu. Kalau hati senang orang belayar pun tentu senang juga,” kata sanak saudaranya membujuk dan menasihati.
“Kalau badan tak sihat bagaimana menguruskan kenduri dan sebagainya,” kata sana saudaranya lagi.
“Terima kasihlah atas nasihat kamu itu,” kata Dang Ambun.
“Aku minta kepada Allah subhanahu wa taala supaya aku sentiasa sihat dan Manisku juga sentiasa dalam selamat. Oh! Tuhanku lindungilah anakku!”
Kapalnya pun sudah habis terjual. Gedung-gedung perniagaannya apatah lagi. Manis belum juga pulang. Jangankan pulang, khabar beritanya pun tidak didengar oleh Dang Ambun. Kasihan Dang Ambun ini; ibu mana yang tidak sayang dan rindukan anak yang jauh di rantau orang;
Pada masa Manis meninggalkan tanahair, usianya dua puluh tahun. Kini usia Manis empat puluh tahun. Apatah lagi Dang Ambun, sudah pun tua diserang pula oleh penyakit dan bertambah lemahlah badannya yang kurus kering itu.
Kehidupan Dang Ambun terlalu miskin dan papa kedana. Dahulu dia seorang hartawan yang digalati. Itu takdir namanya. Ya, hidup Dang Ambun sangat menderita. Dia tidak lagi dapat mengadakan kenduri di masjid-masjid seperti dahulu.
Setiap hari Dang Ambun meminta belas kasihan daripada sanak saudaranya. Kalau ada belas kasihan dapatlah dia makanan, kalau tidak, ditahannyalah lapar dan dahaganya itu, betapa pun penderitaannya, iman Dang Ambun tetap kuat, segala-galanya dihadapinya dengan sabar.
“Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Berkuasa...” Dang Ambun berdoa setiap kali selepas sembahyang, katanya lagi,”sebelum aku mati, Engkau izinkanlah aku melihat wajah anakku Manis... Walaupun hanya sekejap, hatiku ini tersangat rindu!”
Pada suatu hari Dang Ambun berdayung-dayung seperti biasa di Sungai Brunei. Tiba-tiba dia melihat sebuah kapal besar dan cantik masuk ke pelabuhan. Kapal itu terus merapat ke tambatan dan berlabuh di situ. Dang Ambun merasa hairan juga, kerana dia tidak pernah melihat kapal yang sebesar itu dan cantik pula.
Orang ramai pun berduyun-duyun keluar hendak melihat kapal yang luar biasa itu. Dang Ambun, apabila melihat keadaan orang masing-masing sibuk dan kelam-kabut, lupa akan dirinya yang sudah tua dan kurang sihat itu. Teringin juga di hatinya untuk ikut melihat kapal dari manakah yang sangat menarik itu.
Dang Ambun sudah pun berada di tengah-tengah orang yang berduyun-duyun itu dan kedengaranlah olehnya orang ramai bercerita.
“Itulah kapal Nakhoda Manis,” kata mereka. “Lebih dua puluh tahun dia dan kawan-kawannya meninggalkan Brunei ini, sekarang mereka sudah balik.”
“Apa! Manis! Manis sudah balik?” tanya Dang Ambun dengan terperanjat.
“Ya,” kata orang ramai. Orang ramai di situ tidak kenalkan Dang Ambun kerana mereka itu datang dari kampung lain. Mereka terus bercerita tentang Nakhoda Manis anak kepada seorang Hartawan yang sudah menjadi papa kedana.
“Syukur, oh Tuhan, Engkau telah makbulkan doaku,” Dang Ambun mulai percaya bahawa kapal yang luar biasa itu adalah kepunyaan Manis, anak yang dikasihi dan diingati sepanjang masa.
“Tentu kau sudah beranak dan beristeri Manis, tentu isterimu cantik,” kata Dang Ambun dalam hati lalu mengayuh jumpungnya dengan sepenuh tenaga menuju ke kapal itu.
“ Manisku, kau sudah pulang rupanya anakku...” Dang Ambun menghimbau dari jumpungnya yang terumbang-ambing oleh air.
“Itu suara ibuku, itu suara ibu, aku kenal betul,” kata Nakhoda Manis dalam hati. Semakin lama suara itu semakin dekat dan jelas. Nakhoda Manis sangat ingin menemui ibunya.
Nakhoda Manis tiba-tiba menjadi terperanjat apabila melihat seorang perempuan tua hodoh, berpakaian buruk dan bertambal-tambal pula itu. Dang Ambun melambai-lambai hendak naik ke kapal itu sambil menyebut-nyebut, “Manis, Manis, aku bondamu, berilah aku naik ke kapal ini.”
Isteri Nakhoda Manis hairan melihat kelakuan Dang Ambun. Belum pun sempat dia bertanya kepada Nakhoda Manis siapakah perempuan tua itu, Nakhoda Manis sudah pun menyuruh anak kapalnya menolak jumpung Dang Ambun.
“Tolak jauh-jauh, tolak,” kata Nakhoda Manis. Dia merasa malu kepada isterinya. Dia pernah mengatakan kepada isterinya bahawa ibunya seorang hartawan dan bukan seperti perempuan tua hodoh dan miskin itu.
“Manis, aku bondamu yang telah menjadi papa kedana kerana berkorban untuk mendoakan keselematanmu,” jerit Dang Ambun dari jumpungnya. “Tidakkah kau kenal lagi akan bonda? Tidakkah kau mahu mengaku lagi bonda yang melahirkan kau ini sebagai bondamu?”
“Tolak, tolak sahaja perempuan gila itu,” kata Nakhoda Manis. Dalam hatinya berkata-kata, “Dia ibuku, tetapi kenapa dia menjadi begitu? Ah aku malu,”
Dang Ambun mendengar Nakhoda Manis memerintahkan anak buah kapalnya supaya menolak jumpungnya jauh-jauh itu. Dia merasa hairan mengapa Nakhoda Manis telah berubah sikap itu. Namun begitu dicubanya juga bersuara lagi, “Manis anakku, tolonglah bonda ini.”
Dang Ambun menangis dengan hibanya sambil berkata, “Bonda telah menderita, nak.”
“Aku tidak berdaya, ah...aku malu bonda,” kata Nakhoda Manis dalam hati.
“Dia bukan bondaku, bondaku orang kaya. Anak kapal, tolak dia, jangan beri dia peluang mendekati kapal kita ini,” kata Nakhoda Manis lagi.
Akhirnya jumpung Dang Ambun pun semakin jauh ditolak oleh anak kapal itu. Dang Ambun merasa sedih bukan kepalang. Dia merasa hampa. Hidupnya seolah-olah tidak bererti sama sekali. Dahulu Nakhoda Manis tidak berperangai begitu. Dang Ambun pun menjauhkan dirinya dari kapal itu dengan kehampaan untuk menemui anaknya yang dirinduinya selama itu.
“Baiklah Manis, sampai hati Manis menghalau bonda dan tak mengaku aku bonda Manis,” Dang Ambun berkata-kata seorang diri apabila sampai di tebing sungai. Dia Cuma dapat memandang dari jauh Nakhoda Manis di atas kapal itu.
Dengan tidak disangka-sangka, langit yang cerah bertukar menjadi mendung dan gelap. Angin ribut turun dengan kuat dan kencangnya. Hujan turun mencurah-curah. Halilintar memancar sabung-menyabung. Petir dentum-mendentum dengan hebatnya. Kapal besar Nakhoda Manis melambung-lambung digolek ombak tinggi. Ketika itulah Nakhoda Manis baru sedar yang dia telah berdosa kepada ibunya yang tidak bersalah itu. Dan ketika itulah dia memerlukan pertolongan ibunya, tetapi segala-galanya sudah terlambat. Dang Ambun ketika itu masih menangis sambil memohon supaya Tuhan memberikan balasan yang setimpal dengan perbuatan anaknya yang derhaka itu.
Malaysia
Puteri Terkukur
Diceritakan semula oleh Mohamad Shahidan
Pada zaman dahulu, kononnya, ada seorang raja yang memerintah di Negeri Indera Mayang. Baginda mempunyai seorang puteri yang cantik bernama Puteri Setarik Hati. Puteri baginda itu telah ditunangkan dengan sepupunya yang bernama Raja Muda.
Kegemaran raja Negeri Indera Mayang ialah berladang. Setiap hari baginda pergi ke ladang. Baginda suka menebas dan menebang di ladangnya itu.
Puteri Setarik Hati sangat ingin hendak mengikut ayahandanya ke ladang. Akan tetapi, setiap kali Puteri Setarik Hati menyampaikan keinginannya, ayahandanya tidak mengizinkan, berbagai-bagai alasan diberikan oleh baginda supaya tidak mengikutnya ke ladang.
Puteri Setarik Hati tidak berputus asa. Pada suatu hari, baginda menghadap ayahandanya lalu bertanya, “Bolehkah anakanda mengikut ayahanda pergi ke ladang pada hari ini?”
Baginda tidak segera menjawab pertanyaan puterinya. Baginda berdiam diri seperti sedang berfikir. Selepas itu baginda pun berkata, “Anakanda tak boleh ikut ayahanda ke ladang kerana ladang kita ikut masih semak samun. Nanti apabila tiba masa memerun bolehlah anakanda ikut.”
Puteri Setarik Hati mendiam diri. Dia tidak lagi bertanya kepada ayahandanya. Dia percaya ayahandanya akan membawanya ke ladang apabila tiba masa orang memerun nanti.
Apabila sampai ketika orang memerun, Puteri Setarik Hati pun meminta izin daripada ayahandanya untuk pergi ke ladang. “Bolehkah anakanda ikut ayahanda pergi ke ladang?” tanya Puteri Setarik Hati.
“Janganlah anakanda pergi sekarang kerana sekarang ini ketika orang memerun semak di ladang. Nanti anakanda tidak tahan panas bahang api. Nanti badan anakanda akan dikotori debu. Tunggulah masa menugal jagung, nanti anakanda akan membawa anakanda bersama,” kata baginda.
Apabila tiba musim menugal jagung, Puteri Setarik Hati pun meminta keizinan daripada ayahandanya untuk turut sama pergi ke ladang. Akan tetapi, ayahanda Puteri Setarik Hati tidak juga memberi persetujuan.
Puteri Setarik Hati mulai merajuk. Baginda sungguh berkecil hati dengan sikap ayahandanya itu. Dengan hati yang sedih, puteri itu masuk ke bilik peraduannya, lalu memakai pakaian yang cantik-cantik dengan perhiasan barang kemas di tubuhnya. Sesudah itu Puteri Setarik Hati pun berkata, “Mintalah aku menjadi burung tekukur kerana aku ingin ke ladang melihat ayahanda dan bonda serta tunangku.”
«««
Terbanglah burung tekukur itu menuju ke ladang. Sampai di ladang, burung tekukur itu hinggap di atas tunggul di tengah ladang. Oleh sebab panas terlalu terik, berkatalah burung tekukur itu, “Wahai ayahanda dan bonda, berhentilah berehat dahulu kerana tunanganku, Raja Muda, tidak tahan panas.”
Baginda dan permaisuri serta Raja Muda tercengang-cengang melihat burung tekukur yang pandai berkata-kata itu. Kemudian mereka tersedar bahawa burung tekukur itu Puteri Setarik Hati.
“Bagaimana anakanda boleh jadi begini?” tanya baginda.
“Anakanda jadi begini kerana sayu hati dengan sikap ayahanda yang menangguh-nangguhkan keinginan anakanda untuk datang ke ladang,” kata Puteri Setarik Hati yang telah menjadi burung tekukur itu.
“Anakanda jadi begini kerana sayu hati dengan sikap ayahanda yang menangguh-nangguhkan keinginan anakanda untuk datang ke ladang,” kata Puteri Setarik Hati yang telah menjadi burung tekukur itu.
Mendengar kata-kata Puteri Setarik Hati itu, baginda pun berasa sayu di dalam hati. “Marilah anakanda, kita pulang ke istana. Lupakanlah kata-kata ayahanda itu,” rayu baginda.
“Ayahanda dan bonda pulanglah dahulu,” kata Puteri Setarik Hati. “Ajaklah Raja Muda pulang bersama kerana dia tidak biasa berkerja. Anakanda tidak akan pulang lagi ke istana.”
Baginda dan permaisuri menangis teresak-esak mendengar Puteri Setarik Hati berkata begitu. Puas mereka merayu agar Puteri Setarik Hati pulang ke istana tetapi Puteri Setarik Hati tetap juga berkata bahawa dia tidak mahu lagi pulang ke istana.
Hingga hari petang, baginda dan permaisuri tidak juga dapat memujuk Puteri Setarik Hati pulang ke istana. Akhirnya, baginda mengerahkan sekalian pengiring dan pengikut-pengikutnya menangkap Puteri Setarik Hati yang menjadi burung tekukur itu.
Bermacam-macam usaha dan ikhtiar dilakukan untuk menangkap burung tekukur itu tetapi tidak juga berjaya. Ini disebabkan burung tekukur itu terbang dari satu tempat ke tempat yang lain.
Akhirnya, ramai yang kepenatan mengejar burung tekukur itu. Baginda juga sudah tidak berupaya lagi hendak menangkapnya. Lalu baginda pun mengajak sekalian pengiring dan pengikutnya pulang ke istana.
"Anakanda tidak mahu pulang selagi sebelum dapat menangkap adinda puteri,” kata Raja Muda.
Baginda dan permaisuri serta pengiringnya tidak jadi pulang ke istana, walaupun mereka berasa letih, lapar dan dahaga. Mereka terus berusaha hendak menangkap burung tekukur itu.
Raja Muda pula tidak berhenti-henti mengejar burung tekukur. Sambil mengejar, dia berkata, “Adinda puteri, marilah kita balik. Kalau tidak, biarlah kakanda mati mengikut adinda. Namun pulang seorang diri tidak sekali-kali,”
Burung tekukur begitu belas hatinya mendengar kata-kata Raja Muda. Maka dia pun menjijakka kakinya ke tanah. Sebaik kakinya menjijak tanah, maka Puteri setarik Hati pun kembali menjadi manusia. Rupa parasnya itu amat cantik.
Raja Muda memegang tangan Puteri setarik Hati. Manakala baginda dan permaisuri pula datang dan permaisuri pula datang memeluk Puteri Setarik Hati. Kemudian mereka bertiga dengan diiringi sekalian pengawal berjalan pulang ke istana. Tidak berapa lama selepas itu, Raja Muda pun dikahwinkan dengan Puteri Setarik Hati.
«««
Raja Muda sangat ingin mengetahui bagaimana Puteri Setarik Hati boleh menjadi burung tekukur.
“Maafkan adinda, kerana tidak boleh menyebutnya,” kata Puteri Setarik Hati. “Kalau adinda menyebutnya, adinda akan menjadi burung tekukur semula dan tidak boleh lagi menjadi manusia.”
Kata-kata Puteri Setarik Hati tidak dihiraukan oleh Raja Muda. Malah Raja Muda terus mendesak Puteri Setarik Hati menyebutnya.
Oleh sebab Raja Muda tidak mahu mendengar nasihat Puteri Setarik Hati, maka Puteri Setarik Hati pun masuk ke bilik memakai pakaian cantik dan menghiaskan tubuhnya dengan barang perhiasan. Sesudah itu, Puteri Setarik Hatipun berkata,” Memintalah aku menjadi burung tekukur.
Habis sahaja dia berkata, tumbuhlah bulu halus di tubuhnya. Cukup tiga kali Puteri Setarik Hati mengulang kata-kata itu, dia pun menjadi burung tekukur lalu terbang hinggap di ranting kayu.
Melihat Puteri Setarik Hati menjadi burung tekukur dan hinggap di ranting kayu, Raja Muda pun merayu-rayu menyuruh Puteri Setarik Hati menjadi manusia semula. Namun, Puteri Setarik Hati tidak boleh menjadi manusia lagi. Dia pun terbang juga meninggalkan Raja Muda.
Raja Muda sangat menyesal kerana dia tidak mendengar nasihat Puteri Setarik Hati. Akan tetapi, menyesal kemudian sudah tidak berguna lagi.
Telaga itu tidak seberapa lebar dan dalam, kurang lebih tiga meter panjangnya dan dua meter lebarnya dengan kedalaman dua meter. Airnya Bening dan jernih, tidak pernah kering walau kemarau panjang sekalipun. Letaknya di atas sebuah pematang, di bawah keteduhan, kelebatan, dan kerindangan pepohonan, khususnya pohon limau. Jika pohon-pohon limau itu berbunga, berkerumunlah burung-burung dan serangga mengisap madu. Di permukaan tanah itu menjalar dengan suburnya sejenis tumbuhan, gadung namanya. Gadung mempunyai umbi yang besar dan dapat dibuat menjadi kerupuk yang gurih dan enak rasanya. Akan tetapi, jika kurang mahir mengolah bisa menjadi racun bagi orang yang memakannya karena memabukkan.
Daerah itu dihuni seorang lelaki tampan, Awang Sukma namanya. la hidup seorang diri dan tidak mempunyai istri. Ia menjadi seorang penguasa di daerah itu. Oleh karena itu, ia bergelar data. Selain berwajah tampan, ia juga mahir meniup suling. Lagu-lagunya menyentuh perasaan siapa saja yang mendengarkannya.
Awang Sukma sering memanen burung jika pohon limau sedang berbunga dan burung-burung datangan mengisap madu. Ia memasang getah pohon yang sudah dimasak dengan melekatkannya di bilah-bilah bambu. Bilah-bilah bambu yang sudah diberi getah itu disebut pulut. Pulut itu dipasang di sela-sela tangkai bunga. Ketika burung hinggap, kepak sayapnya akan melekat di pulut. Semakin burung itu meronta, semakin erat sayapnya melekat. Akhirnya, burung itu menggelepar jatuh ke tanah bersama bilah-bilah pulut. Kemudian, Awang Sukma menangkap dan memasukkannya ke dalam keranjang. Biasanya, puluhan ekor burung dapat dibawanya pulang. Konon itulah sebabnya di kalangan penduduk, Awang Sukma dijuluki Datu Suling dan Datu Pulut.
Akan tetapi, pada suatu hari suasana di daerah itu amat sepi. Tidak ada burung dan tidak ada seekor pun serangga berminat mendekati bunga-bunga Iimau yang sedang merekah.
“Heran,” ujar Awang Sukma, “sepertinya bunga limau itu beracun sehingga burung-burung tidak mau lagi menghampirinya.” Awang Sukma tidak putus asa. Sambil berbaring di rindangnya pohon-pohon limau, ia melantunkan lagu-lagu indah melalui tiupan sulingnya. Selalu demikian yang ia lakukan sambil menjaga pulutnya mengena. Sebenarnya dengan meniup suling itu, ia ingin menghibur diri. Karena dengan lantunan irama suling, kerinduannya kepada mereka yang ia tinggalkan agak terobati. Konon, Awang Sukma adalah seorang pendatang dari negeri jauh.
Awang Sukma terpana oleh irama sulingnya. Tiupan angin lembut yang membelai rambutnya membuat ia terkantuk-kantuk. Akhirnya, gema suling menghilang dan suling itu tergeletak di sisinya. Ia tertidur.
Entah berapa lama ia terbuai mimpi, tiba-tiba ia terbangun kerana dikejutkan suara hiruk-pikuk sayap-sayap yang mengepak. Ia tidak percaya pada penglihatannya. Matanya diusap-usap.
Ternyata, ada tujuh putri muda cantik turun dari angkasa. Mereka terbang menuju telaga. Tidak lama kemudian, terdengar suara ramai dan gelak tawa mereka bersembur-semburan air.
“Aku ingin melihat mereka dari dekat,” gumam Awang Sukma sambil mencari tempat untuk mengintip yang tidak mudah diketahui orang yang sedang diintip.
Dari tempat persembunyian itu, Awang Sukma dapat menatap lebih jelas. Ketujuh puteri itu sama sekali tidak mengira jika sepasang mata lelaki tampan dengan tajamnya menikmati tubuh mereka. Mata Awang Sukma singgah pada pakaian mereka yang bertebaran di tepi telaga. Pakaian itu sekaligus sebagai alat untuk menerbangkan mereka saat turun ke telaga maupun kembali ke kediaman mereka di kayangan. Tentulah mereka bidadari yang turun ke mayapada.
Puas bersembur-semburan di air telaga yang jernih itu, mereka bermain-main di tepi telaga. Konon, permainan mereka disebut surui dayang. Mereka asyik bermain sehingga tidak tahu Awang Sukma mengambil dan menyembunyikan pakaian salah seorang puteri. Kemudian, pakaian itu dimasukkannya ke dalam sebuah bumbung (tabung dari buluh bekas memasak lemang). Bumbung itu disembunyikannya dalam kindai (lumbung tempat menyimpan padi).
Ketika ketujuh putri ingin mengenakan pakaian kembali, ternyata salah seorang di antara mereka tidak menemukan pakaiannya. Perbuatan Awang Sukma itu membuat mereka panik. Puteri yang hilang pakaiannya adalah Puteri Bungsu, kebetulan paling cantik. Akibatnya, Puteri Bungsu tidak dapat terbang kembali ke kayangan.
Kebingungan, ketakutan, dan rasa kesal membuat Puteri Bungsu tidak berdaya. Saat itu, Awang Sukma keluar dari tempat persembunyiannya.
“Tuan Puteri jangan takut dan sedih,” bujuk Awang Sukma, “tinggallah sementara bersama hamba.”
Tidak ada alasan bagi Puteri Bungsu untuk menolak. Putri Bungsu pun tinggal bersama Awang Sukma.
Awang Sukma merasa bahawa Puteri Bungsu itu jodohnya sehingga ia meminangnya. Puteri Bungsu pun bersedia menjadi isterinya. Mereka menjadi pasangan yang amat serasi, antara ketampanan dan kecantikan, kebijaksanaan dan kelemahlembutan, dalam ikatan cinta kasih. Buah cinta kasih mereka adalah seorang puteri yang diberi nama Kumalasari. Wajah dan kulitnya mewarisi kecantikan ibunya.
Rupanya memang sudah adat dunia, tidak ada yang kekal dan abadi di muka bumi ini. Apa yang disembunyikan Awang Sukma selama ini akhirnya tercium baunya.
Sore itu, Awang Sukma tidur lelap sekali. Ia merasa amat lelah sehabis bekerja. Istrinya duduk di samping buaian putrinya yang juga tertidur lelap. Pada saat itu, seekor ayam hitam naik ke atas lumbung. Dia mengais dan mencotok padi di permukaan lumbung sambil berkotek dengan ribut. Padi pun berhamburan ke lantai.
Putri bungsu memburunya. Tidak sengaja matanya menatap sebuah bumbung di bekas kaisan ayam hitam tadi. Putri bungsu mengambil bumbung itu karena ingin tahu isinya. Betapa kaget hatinya setelah melihat isi bumbung itu.
“Ternyata, suamiku yang menyembunyikan pakaianku sehingga aku tidak bisa pulang bersama kakak-kakakku,” katanya sambil mendekap pakaian itu.
Perasaan putri bungsu berkecamuk sehingga dadanya turun naik. Ia merasa gemas, kesal, tertipu, marah, dan sedih. Aneka rasa itu berbaur dengan rasa cinta kepada suaminya.
“Aku harus kembali,” katanya dalam hati.
Kemudian, putri bungsu mengenakan pakaian itu. Setelah itu, ia menggendong putrinya yang belum setahun usianya. Ia memeluk dan mencium putrinya sepuas-puasnya sambil menangis. Kumalasari pun menangis. Tangis ibu dan anak itu membuat Awang Sukma terjaga.
Awang Sukma terpana ketika menatap pakaian yang dikenakan istrinya. Bumbung tempat menyembunyikan pakaian itu tergeletak di atas kindai. Sadarlah ia bahwa saat perpisahan tidak mungkin ditunda lagi.
“Adinda harus kembali,” kata istrinya. “Kanda, peliharalah putri kita, Kumalasari. Jika ia merindukan ibunya, Kanda ambillah tujuh biji kemiri, masukkan ke dalam bakul. Lantas, bakul itu Kanda goncang-goncangkan. Lantunkanlah sebuah lagu denganngan suling Kanda. Adinda akan datang menjumpainya.”
Putri bungsu pun terbang dan menghilang di angkasa meninggalkan suami dan putri tercintanya. Pesan istrinya itu dilaksanakannya. Bagaimana pun kerinduan kepada istrinya terpaksa dipendam karena mereka tidak mungkin bersatu seperti sedia kala. Cinta kasihnya ditumpahkannya kepada Kumalasari, putrinya.
Konon, Awang Sukma bersumpah dan melarang keturunannya untuk memelihara ayam hitam yang dianggap membawa petaka bagi dirinya.
Telaga yang dimaksud dalam legenda di atas kemudian diberi nama Telaga Bidadari, terletak di desa Pematang Gadung. Desa itu termasuk wilayah Kecamatan Sungai Raya, delapan kilometer dari kota Kandangan, ibukota Kabupaten Hulu Sungai Selatan Propinsi Kalimantan Selatan.
Sampai sekarang, Telaga Bidadari banyak dikunjungi orang. Selain itu, tidak ada penduduk yang memelihara ayam hitam, konon sesuai sumpah Awang Sukma yang bergelar Datu Pulut dan Datu Suling.
Brunei
Asal Usul Kampong Belais
Pada zaman dahulu, kononnya di Sungai Brunei tinggal sekeluarga ikan belais. Bapa belais, emak belais dan dua ekor anak belais. Mereka berenang-renang sambil mencari makanan.
Pada suatu hari sedang mereka berenang-renang itu, seekor ikan besar sedang mengekori mereka.
“Mak!! Mak!! Ikan besar itu mengekori kita,” jerit salah seekor anak belais. Mak belais terkejut dan terus mengarahkan anak-anaknya supaya bersembunyi di sebalik batu.
Setelah ikan besar itu tidak mengekori mereka lagi, ikan-ikan belais itu pun keluar dari tempat persembunyian mereka.
“Bagaimana kita sekarang?” tanya bapa belais.
“lebih baik kita pergi dari sini dan mencari tempat yang lebih aman.” jawab mak belais.
“Tapi ke mana kita nak pergi?”tanya bapa belais kebingungan.
“Mari kita cuba ke Temburong, barangkali di sana nasib kita lebih baik”kata mak belais lagi.
Keesokan harinya ikan-ikan belais itu pun berenang menyusuri Sungai Brunei menuju ke Temburong. Mereka berenang dan berenang dan terus berenang sehingga mereka sampai di kuala Sungai Temburong.
Mereka pun terus menyusuri Sungai Temburong hingga tiba di suatu tempat yang sangat indah.
“Wah! Cantiknya tempat ini, elok kita berhenti dan membuat kediaman di sini,”kata pak belais.
“Ya,saya pun setuju,”kata mak belais.
Anak-anak belais gembira kerana mereka akan mempunyai kediaman baharu dan aman daripada sebarang gangguan.
Sejak hari itu mereka tidak lagi hidup dalam ketakutan. Semakin hari semakin ramai zuriat ikan belais dilahirkan di situ. Memandangkan kawasan ini aman, bapa belais pun membuat keputusan untuk menetap terus dan berkampung di situ.
Oleh sebab terdapat banyak ikan belais di situ, dinamakanlah kampung itu Kampong Belais.