Selamat Datang ke Blog Pendidikan TunaSastera Rakyat


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sastera Rakyat Seantero 2: Tayangan Cerita

Dalam halaman ini ada memaparkan klip-klip video yang ada berkaitan dengan Kesusasteraan Melayu, pengkhususan bagi Sastera Rakyat.
 
Klip-klip video di bawah sengaja dipaparkan untuk memberikan lebih banyak pendedahan secara umum untuk menjana lebih banyak pengetahuan dan pemikiran daripada anda semua.

Bagi penggunaan pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu, lazimnya, klip-klip video ini digunakan oleh guru-guru dalam induksi set untuk memberikan kesediaan pembelajaran pelajar di samping menarik perhatian mereka untuk memberikan proses pembelajaran yang menyeronokkan. Walau bagaimanapun, ada juga yang menggunakan klip video dengan tujuan untuk menilai pelajar sama ada faham dengan sesuatu kajian ataupun tidak. Di sini jelas menunjukkan bahawa penggunaan klip-klip video mempunyai banyak manfaat dalam penagjaran dan pembelajaran para guru serta para pelajar di sekolah.

Di bawah ada dipaparkan beberapa klip-klip video yang berkaitan ada dengan sastera sakyat.


*** 



Si Tanggang

Cerita ini diambil dari negara Malaysia. Si Tanggang mengisahkan tentang seorang anak yang disumpah menjadi batu akibat menderhaka kepada ibunya.







Malim Kundang

Cerita ini dipercayai berasal dari negara Indonesia. Cerita serba sedikit mempunyai persamaan dengan cerita Si Tanggang yang berasal dari negara Malaysia.






Hikayat Hang Tuah

Kisah ini mengisahkan tentang seorang pahlawan Melayu yang terkenal di seluruh pelusuk Tanah Melayu yang bernama Laksamana Hang Tuah. Dimuat turunkan klip video yang mempunyai serba sedikit persamaan dengan cerita Hang tuah yang terdapat dalam buku teks Bunga Rampai Melayu Kuno.






Batu Belah Batu Bertangkup

Kisah ini menceritakan mengenai kisah seorang ibu yang kempunan untuk memakan telur ikan tembakul.






Lagenda Mahsuri

Lagenda ini mengisahkan tentang seorang wanita bernama Mahsuri yang telah difitnah oleh orang kampong sehinggakan dia dihukum bunuh. Di akhir kematiannya, dia bersumpah bahawa Pulau Langkawi tidak akan aman dan tenteram selama tujuh keturunannya lahir.