Selamat Datang ke Blog Pendidikan TunaSastera Rakyat


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sastera Rakyat: Suatu Tinjauan



Dalam halaman ini, kami telah membuat tinjauan tentang sastera rakyat dengan lebih lanjut.

Suatu tinjauan ini menyentuh pelbagai aspek mengenai sastera rakyat daripada perkara-perkara yang asas seperti definisi, fungsi dan ciri-ciri sastera rakyat tersebut sehinggalah ke unsur-unsur keistimewaan dan keseniannya. Tinjauan juga melihat bagaimana sastera rakyat dijalankan dalam bentuk penyelidikan dan juga sebagai disiplin ilmu dalam pengajaran dan pembelajaran. 

Temu ramah telah dijalankan dengan dua orang yang memang pakar dalam bidang penyelidikan Kesusasteraan Melayu, iaitu pengkhususan kepada bidang sastera rakyat.

***



Prof. Madya Dr. Noriah Taslim

Berasal dari negara Malaysia, Prof. Madya Dr. Noriah Taslim merupakan nama yang tidak asing lagi dalam dunia Kesusasteraan Melayu, pengkhususan dalam bidang Sastera Rakyat. Beliau yang dikenali seantero Nusantara telah banyak menghasilkan pelbagai karya dan bahan-bahan bacaan dalam bidang Kesusasteraan Melayu. Teori dan Kritikan Sastera Melayu Tradisional keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia pada tahun 1993 merupakan antara karya beliau yang sering menjadi rujukan umum bagi para penyelidik sastera. Pada masa ini, beliau bertugas sebagai pensyarah jemputan di Universiti Brunei Darussalam.

Sila klik pautan laman web di bawah untuk menonton klip video beliau membincangkan pelbagai aspek sastera rakyat dengan lebih terperinci.

Dengan mempunyai kelulusan tertinggi Master in Theatre di Monash, Australia, Dyg Ena Herni sudah berkecimpung dalam dunia Kesusasteraan Melayu sejak tahun 2000. Beliau yang kini menjadi salah seorang pensyarah di Jabatan Kesusasteraan Melayu di Universiti Brunei Darussalam juga berkemahiran dalam bidang sastera rakyat. Antara kursus Kesusasteraan Melayu yang beliau kendalikan di Universiti Brunei Darussalam ialah Sastera Rakyat, Drama Melayu dan Sastera dan Pendidikan. Pada masa ini, beliau baru saja menyiapkan dua antologi skrip drama yang akan diterbitkan tidak lama lagi.

Sila klik pautan laman web di bawah untuk menonton klip video beliau membincangkan pelbagai aspek sastera rakyat dengan lebih terperinci.